Friday, 18 July 2014

Cara Solat Istikharah


Assalamua'laikum..Blogger! Dalam Entre ni Admin ingin Kongsikn cara Solat Istikharah.Sebenarnya solat ni mudah ja' untuk didirikn yg pling penting niat kita ikhlas k'rana Allah taa'lla.
Ok,Let's started! *Peace! .

Sebelum Tu,Admin mau bagi tau yg solat ni didirikn untuk menyelesaikn jalan buntu atau untuk membuat pilihan / k'putusan dlm hidup. Subahannallah Indahnya islam, Semuaa bnda dpt d'permudahkn jika kita b'niat ikhlas dngn Allah.Terdapat beberapa Hadis Raulullah S.A.W yg menggalakkn Solat istikharah.Antaranya


Rasulullah SAW bersabda: 


“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”


"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."



la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam

b.   12 rakaat, 6 salam

Cara Melaksanaknnya

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram denganLafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalahtasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:



Peringatan : Ulangi solat ini  sebanyak 7 hari b'turut turut, jika masih terdpt keraguan.
Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Admin Harap dngn adanya pnduan solat ni,Blogger dpt melaksanaknn solat ni dngn sempurna.In syaallah :).Ok'selamat beribadah !


No comments: