Saturday, 22 November 2014

Our Friendship Never End!

Assalamualaikum.Saya Hana.Budak berumur 14 tahun yang suka makan aiskrim ^.^ Saya ni new blogger yang baru menjinak-jinakkan diri dalam dunia blogging yang sampai sekarang masih agak asing bagi diri kecil ini *Cewah ayat satera nampak?! hahaha!.* Tujuan Hana cipta blog ini adalah just untuk introduce hasil kerja tangan dan kepala hangguk Hana kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya ^^. Kisah "Our Friendship Never End!" yang Hana reka ni tak ada kaitan dengan kisah hidup siapa-siapa pun.Just reka-reka ja.Kalau ada ayat yang tak berapa best dibaca Hana menyusun 20 jari ya! well,dengan jari-jari kaki sekali Hana sudi hulur hahahah.BTW,kalau rasa mual-mual bila baca tu,sangat dialu-alukan untuk klik  button "x" yang sentiasa comel berada di tepi tab tu ^^ *easy! kan? kan? Anyway thanks a lot for visiting! ^_^

" Mini Story By Hana "

Our Friendship Never End! 


                         



Bab 1 : Our Friendship Never End!

"Mama! bila Ira takda ni mama janganlah pulak lupakan Ira".Kata gadis kecil itu dengan bibir yang sengaja dimuncungkan seakan meminta belas kasihan.Anak matnya sengaja dialihkan kearah lain kerana tidak sanggup hendak memandang wajah ibunya.
"Kenapa pula mama nak lupakan Ira,Ira kan satu satunya anak mama".Jawab puan Sofiyah yang seakan tidak memahami perasaan anaknya ketika itu.
Tiada balasan yang hendak dia katakan setelah mendengar jawapan dari ibunya.Hatinya pedih melihat ibunya yang seakan tidak kesah dengan kepergiannya ketika itu.Mulutnya sengaja 
dimuncungkan sambil bersilang tangan kedada menunjukkan riaksi tidak puas hati.
"Ira, asrama ja pun.2 minggu nanti Ira baliklah rumah peluk mama puas puas." 

Mahu saja Puan Sofiyah tergelak melihat telatah anaknya yang buat pertama kali dilepaskan berpisah dengannya."Boleh tak Ira berubah jadi matang sikit?".Soal Puan Sofiyah dengan dahi yang berkerut seribu.Rasanya tidak tau apa lagi hendak Puan Sofiyah katakan untuk memujuk anaknya supaya hidup berdikari tanpa mengharapkannya.

"Ira sayang! Ira taukan mama tak boleh lawan cakap Papa.Nanti jadi isteri derhaka.Lagi satu Ira pun tak boleh lawan cakap mama nanti jadi anak derhaka pulak.Nak? masuk neraka?"
Ira menggelengkan kepalanya perlahan."Ha! kalau tak nak,dengar cakap mama ya!.Mama dengan Papa buat semua ni demi kebaikan Ira jugak tau!.Supaya Ira jadi anak yang rajin,hidup berdikari,nanti Ira tak payalah lagi susahkan mama."Jelas Puan Sofiyah lagi panjang lebar untuk menyakinkan anaknya.Akhirnya Qairah akur dengan keputusan Puan Sofiyah.

Setelah urusan pendaftaaran asrama selesai,Puan Sofiyah pun mengiringi anaknya ke bilik asrama ditingkat dua dengan ditemani oleh Cikgu Ariani iaitu warden asrama perempuan.Cikgu Ariani menerangkan serba sedikit tentang penjagaan asrama Sekolah Menegah Kebangsaan Semerlah itu disepanjang perjalanan mereka menuju ketingkat atas.
Cikgu Ariani di ajukan dengan beberapa soalan oleh Puan Sofiyah tentang  kawalan keselamatan asrama itu.Cikgu Ariani yang sudah lali dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh ibu bapa yang menghantar anak mereka kesarama itu pun menjawab dengan petahnya seakan mengulang skrip yang sudah berkali kali diungkapkan.

"Mama apasal buruk sangat katil ni ha!".Kutuk Qairah tidak berlapik setelah meletakan beg sekolahnya diatas katil tersebut.
Hampir sahaja mahu terkeluar bola mata Puan Sofiyah mendengar ayat yang dilontarkan oleh anak manjanya itu.Puan Sofiyah tersenyum paksa memandang Cikgu Ariani yang pada mulanya berwajah manis kini sudah berubah wajah."Maaflah Cikgu,mulut dia memang macam tu.Takda insurans"Jelas Puan Sofiyah takut takut."Oh! takpa mulut saya pon dah lama tak bayar insurans" Balas Cikgu Ariani berbaur sindiran.

"Kalau takda urusan lagi saya mintak diri dulu ya!".Kata Puan Sofiyah kepada Cikgu Ariani.Cikgu Ariani membalas senyuman Puan Sofiyah dengan mesra sambil menyambut salaman tangan Puan Sofiyah."Ira! kat sini jangan nakal-nakal ya! dengar cakap cikgu tu.Lagi satu..."
"Jangan lupa solat,sebelum tidur ambil wuduk dulu akhir sekali cakap jangan main hentam".Kata Qairah memotong kata kata Puan Sofiyah yang belum sempat dihabiskan "Good girl".Kata Puan Sofiyah sambil menggosok-gosok kepala anaknya seperti selalu.Qairah memeluk erat tubuh ibunya seakan tidak mahu dilepaskan.Ada linangan jernih pada kelopak mata Qairah yang sedaya upaya ditahan daripada menitis."Apa Qairah ni,dah 15 tahun masih nangis nangis" sampuk Cikgu Ariani yang menyedari gadis itu cuba menahan air matanya daripada tumpah."Ololololo,anak manja mama ni!"Puan Sofiyah menepuk nepuk belakang anaknya."Ira good girl kan!" Bisik ibunya meminta supaya anaknya tabah.Sepanjang hidup Qairah itu adalah pertama kalinya dia berpisah dengan ibunya.

Thanks 4 Reading!!!.Leave your comment down below ^^ and make sure to stay tuned for the next chapter!  Oh yeahh!! hahaha =3 




Wednesday, 5 November 2014

Met My Cutie Pet!

Assalamua'laikum... semuaaa!!
Salam khamis.Hari ini merupakan hari ke 7 zaman cuti persekolahan Hana *termasuk hari jumaat! ˘◡˘
Fuyoooh boring sangat bunyiknya tu sampai dah berzaman rasanya hahaha.Disebabkan kebosanan sudahpun melanda diri ini! Cik Admin pun buat keputusan untuk tulis entri Blog! *I don't know what can I do! to  eliminate boredom.So Hana ambil inisiatif untuk story pasal kucing Hana "Pinkish!" 




So... ini kucing Hana,Comel kan? *kan? kan? kan? (angguk-angguk!)









Ok' this is it
Biodata Of Pinkish 

°Nama Penuh : Pinkish Binti Jack
°Tarikh lahir : 6 October 2014
°Umur : 1 bulan
°Tempat lahir : Di almari rumah lama jiran
°Dibesarkan di : Rumah  Hana
°Jenis kucing : Albino
°Favourite Thing : My hand *Tempat lepas geram
°Hobi : Main,gigit tangan Hana, lompat-lompat,
           main,main,main &main






         
Bye! Bye! ^_^