Monday, 11 June 2018

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!

Jom teman Hana support GA super awesome ni ^^ .Hadiah pun boleh tahan best :3 hehe so klik banner tertera sepantas kilat kalau tak nak rugi ok?! ^^
.
Mangsa tag 


  • Kak Zarini Ismail *yang baik hati lagi ibu mithali :3
  • Anak Denesor *yang comel lagi adorable :P 
  • Kak Sha *Yang suka baling mercun kat kotak komen Hana pada waktu-waktu tak dijangka hahah >_<

Poyo


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!
.
Alhamdulillah,sekarang ni tengah cuti sekolah!!! Yeahh... so maksudnya boleh lah Hana nak bermaja-manjaan dengan blog ni pada masa lapang en?!  :P hhaaha Mr.STPM jangan jeles pulak!! >_<
.
Ok,so bersempena itu,Hana rasa macam nak buat sesi luahan dekat blog ni lah.:') Hahaha macam bermasaalah betul bunyiknya tu :P 
.
So without further ado,jomlah kita mulakan sesi membawang dengan secukup rencahnya...
Tau tak,since Hana jadi student form six ni Hana ada alami sebuah perasaan tak selesa dengan someone.T^T sumpahh! Tak selesa :'( cerita dia cenni,ada seorang student upper six which is senior Hana,dia suka pandang Hana semacam.Tak kesah lah di mana-mana pun,kat bilik seminar ke,kat bus stop ke,kat mana-mana pun,we tend to meet each other.And yang buatkan Hana rasa geli geliman dan tak selesa ialah manusia berkenaan tu ialah seorang lelaki introvert.You know,such a shy and silent type of person! Muka dia sebijik muka Raja Atiqullah dalam cerita Nur TV3.Cuma bezanya dia ni versi tak ada misai lah.Hahah ekceli Hana tak layan drama tu pun! >_< kenal pelakon tu sebab sup bunjut viral tu ja :P

Ok sambung...
.
Jahat sangat ke Hana nak gelarkan dia Poyo?! But seriously sorry memang layak pun dia dapat gelaran poyo! Mana taknya! Dah lah muka ketat macam pakai skru a.k.a tak reti senyum! Lepas tu tak reti nak express riak muka a.k.a macam tak ada perasaan! Mashaallah!!! Rimas lah bila kena tenung dengan spesis macam tu.T^T
.
Dari gaya-gaya dia tu,Hana boleh confirm yang dia sebenarnya syok kat Hana.:P hahaha bukan nak perasan ke apa,but korang tau sendiri lah introvert ni akan jadi contra bila berdepan dengan orang yang dia suka.But adakah Hana akan rasa happy or excited bila alami sign yang someone suka kat Hana?! Eishh!! Of course lah No! :'( Tak ada maknanya nak feeling2 sambil dengar lagu Sandra 'hey kau' tu.T^T Tak selesa tau tak?! :'(
.
Bayangkan lah betapa dilemanya Hana nak berhadapan dengan kepoyohan dia masa skodeng Hana kat bilik seminar every single morning?! Nak kena tabah sorok muka masa dia lalu lalang depan kelas Hana?! Nak kena tahan diri dari tergangster tanpa sengaja masa dia buat show bina badan depan Hana masa duduk kat bus stop sekolah?! Ya Allah!!! Poyo level langit ketujuh betul lah! Kalau ikutkan hati,memang dah lama nak hadiahkan penyepak sulung ni kat dia.T^T huh! Kalau ikutkan hati lah.... tapi tak apa sis tak nak membunuh bulan-bulan puasa ni. :P Amboi marah sangat tu! Hahaha korang janganlah pakinson! :P hiperbola ja tu >_< hehehe tapi seriously memang marah tahap tak boleh brain! :') Rasa-rasa macam nak bawa machine gun pergi sekolah hari-hari hahah :P confirm dia tak berani nak tunjukkan kepoyohan dia depan Hana lagi.
.
HAHAHA mesti ada yang dah tarik tong sampah masa baca luahan Hana ni kan? kan? :P ya lah,geli kot!! T^T kalau jadi kat korang pun,mesti akan rasa macam "hidup ni dah tak selamat" hahaha T^T T^T T^T 
.
Btw,Hana rasa sangat lega sebab dapat buat sesi luahan perasaan dekat ruangan tak berperasaan ni.Heeee :D kalau cerita dengan family member or kawan mesti kena bahan punya!! :') ya lah,bukan senang gangster tak bertauliah macam Hana ni nak kena minat :P Hahaha so yah! Tu ja yang Hana larat nak taip.^^ Hashtag komen yang murni-murni ja tau~ hashtag ehh?! Tibeeer! :P K.bye! Selamat mencari Layla. ^^ Layla apa? Laylatul qadar <3 aciiiaaa~

Saturday, 26 May 2018

Rezeki Bulan Ramadan





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah...
.
That should be my first word at moment I get to know that I'm the lucky one of kak Siqah's GA.But sorry I can't help myself from saying Weeeeeeeee!!! >_< hehe after few minutes of grinning insanely then I finally said alhamdulillah excitedly :3 hohoho no manners betul lah budak Hana ni :P btw alhamdulillah sangat! Sangat! Encik rezeki kasi chance kat Hana untuk menang GA lagi kali ini.Heeee :D Perasaan Hana bila menang another GA ni tak jauh beza pun dengan perasaan Hana masa menang GA kak Ana dan kak Nurul dulu.Exactly the same which I wanna cry,laugh and scream at the same time hehehe.Separa sewel lah tu maksudnya hahahaha.Excited tahap hilang akal :P.
.
Honestly Hana tak expect apa-apa pun since peserta GA " Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa" ramai tahap kebabom! :3 and lagi pun senarai hadiah dia gempak kemain lagi.Ya lah jenama duck kot! Siapa tak nak kan?! Hahah lagi-lagi bila dapat free.Hah! Memang sah satu ke'aneh'an  kalau tak excited ala-ala spesis setengah tiang bila menang.hehe Sorry lah sis tak boleh kawal ke'excited'an yang membuak-buak ni.Haha memang dah tak boleh bawa bincang dah! >_< so sila lah sepak berjemaah :P
.
And,and and! Sila juga banjiri ruang komen dengan ucapan tahniah ya.  "....."   "???!!!!"  
hahaha tak adalah gegurau ja! :P sis tak sepoyoh itu hokey! Hehe Well,Hana spesis manusia yang usually say  "adoi! Rasa besalah kat peserta lain lak bila menang ni" hahaha :P boleh caya ke tu?! Ke saja nak disepak kali kedua ni >_<  hohoho ok lah sekian sesi mengarut.So itu sahaja entri poyo sedunia daripada Hana.^^ Sila jangan jeles tau! Haha :3
.
Happy Fasting Musleem :) Al-mulk jom sebelum tidur! ^^

Sunday, 20 May 2018

Mystery Giveaway by Flavnesz





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hollaaaa!!!

Arghhh!!! Not updating blog for a week oh maiii!! too much dust here and there hahaha >_<
.
But alhamdulillah,Hana ada ja lagi ni.Tak berpindah ke alam barzakh pun :P hahaha ingat lawak ke?! T^T hehe anyway Happy Fasting Musleeem! :) Jom join GA super awesome dari blogger favourite Hana ni.Ngam2 tengah free2 hujung minggu kan?.Esok-esok dah start busy balik.So sementara free ni aa jum lah kita join secara berjemaah.>_<
.
Click the banner for more detail ok?! ^^


My first impression of kak Razanah's blog is Awesome! ^^ hehe honestly I love how she describe her feeling through words which sometimes related to me hahaha >_< So yah! I'm absolutely into her at the certain situation... And my favourite chapter of her entry is Chapter 75.Not really sure why?! but maybe because I been there T^T.hehe Anyway,Good luck on this GA dear kak Razanah.Hopefully it goes super Gempak!!! ^^

Sunday, 13 May 2018

Random Update


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Esok sekolah.Esok punya esok Inshaallah dah puasa dah.Yeahhh!! Who's excited to meet Mr.Ramadan?! ^^ heehe So before Hana lenyap ditelan arus masa dalam ke'busy'an seorang student *acewah* better Hana buat little update untuk blog ni.

Btw,mood menaip tak berapa nak on sangat lah beb *amboi level slumber ko* hohohoho :P So Instead of buat huraian berunsurkan ayat yang memenuhi kriteria KBAT Hana decided untuk share video bermanfaat yang sudah terang lagikan bersuluh dirembat dari YouTube.*takda masa sis nak buat video sendiri :P* 

Pengisian video ni ialah berkaitan dengan ceramah bulan puasa dari PU Azman.Korang-korang yang kenal PU Azman mesti taukan berapa skala sempoi Ustaz ni.>_< hehe seriously tak pernah bosan dengar ceramah beliau.So kalau nak tolong isi tabung pahala Hana sila lah klik play button di bawah ni.Kalau tak nak,klik kat Youtube pun boleh :P hehe *Tiada unsur membodek di situ ya* hohoho  >_<





Jom! Jom! Cari ilmu dalam video ni.^^

.

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada korang-korang yang beragama Islam.^^ Semoga Allah kasi chance kat kita untuk bertemu dengan Mr.Ramadan lagi sebelum sempat Malaikat Maut say 'Hello' T^T Inshaallah... Anyway,fighting for a better tomorrow ok?! ^^ k.bye! Esok skolah >_< Tak sabar nak sambung mimpi semalam ~Zzzzzz

Wednesday, 9 May 2018

Motivation words #7





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



You know what?,

Life has so many ways of letting us down.
.
People are always gonna try hard to make you feel worst.Trust me,They gonna try! They gonna try hard... :') They gonna say that you're not good enough and never deserving of this... of that... of love,of dream and whatever you hope would become true!
.
But the fact is you deserve everything in this cruel world.^^ yes you are! 
Just sometimes you need to put an heaps of effort for it!
.
.
Positive mind triggered when you block your overthinking sense.

Stop over thinking of something that already happened in the past! Because it is in the Past! Say that again " It's in the past! " It can't be changed anymore!

Instead,

Just focus on the future,keep on spreading the love and shut them out with your kindness! Then it will lead you all the way to a never ending happiness! <3


Got that?! ^_^ *If yes.Then comment I got it! hahaha :P


Selamat Mengundi kepada anda-anda yang dah cukup umur tu!! ^^ Pilih dan pangkah elok-elok tau!! Lima tahun tu lama T^T hehe anyway good luck on your commitment!!! :D


Saturday, 5 May 2018

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!

Hana join segment GA dari seorang blogger yang rajin terjah back sini everytime Hana buat jejak kasih kat blog dia.Hehe So introducing our segment organizer " Kak Farah " ^^ Hehe Hana kenal kak Farah since zaman Hana baru tamat SPM which is akhir tahun 2017.^^ It's quite long right? since it's already May now! huaaa >_< Hopefully kak Farah keep on blogging till forever,so I do not lose one of my favourite writer.:3 Heheh Anyway good luck on your commitment!!! ^^ 
.
So guys! please click the banner above and support this awesome segment ok?! ^^ *warning!! it's a must!! haha >_< So hit the banner now!! :P


P/S : Sorry kak Farah,seems like I'm not close enough with you to get to know your favourite voices for the past 8 years.Huaaaa T^T Big Sorry for the missed question :(

Friday, 4 May 2018

New Life as a Pra-U student



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Menjadi student pra-u bermaksud Hello " unendless duty " Bubyee!! " Laziness " hohoho T^T sila lah brain :P
.
Misi Hana sekarang bukan lagi nak pikat hati Mr.SPM tapi nak goda Mr.STPM habis-habisan hahah! :P sebab inilah peluang terakhir Hana untuk melayakkan diri ke Universiti ^^.Bila lagi nak pulun kaw-kaw kan? hehe sis tak sanggup nak repeat :P So yah! Setahun setengah bukan lama pun.Tik tok tik tok! ehhh?? Dah graduate Form 6..Hehe =3
.
Minggu ini bermula dari hari rabu lepas adalah hari pertemuan rasmi Hana dengan Mr.STPM.So sepanjang 3 hari taklimat,apa yang Hana difahamkan ialah,masuk form 6 shortcut terbaik untuk layak ke Universiti.:3 Bukan nak kempen ke apa.Just nak share pengetahuan yang Hana dapat ja.^^ Kalau korang pilih Diploma korang terpaksa bertungkus lumus selama 3 tahun baru boleh berurusan dengan Universiti.Kalau masuk Matrik pulak,tenaga korang akan dikerah dengan sekerah-kerahnya macam ala-ala Universiti.Tapi kalau masuk form 6,masa pengajian adalah sangat singkat at the same time jimat kos.And surprisingly,Mr.STPM ni rupa-rupanya pilihan utama dalam saringan untuk masuk Universiti sebelum merujuk kepada channel yang lain tu.Even nak apply university luar negara pun,STPM akan diutamakan compare than Matrik or Diploma.
.
Hakikatnya memanglah sijil stpm kelihatan murah dari segi nak mendapatkan kerja.Tapi ianya sangatlah mahal kalau digunakan untuk sambung degree.^^ Itu yang cikgu Hana sampaikan lah.Hana saja nak retweet sepicing ilmu yang Hana dapat tu ja :3 
.
So yah! Target terbaru Hana adalah nak capai 4 flat.>_< Amboi!! agak-agak layak tak?! :3 *dah buat mesyuarat dengan kepala hangguk ni tadi,tapi dia kata layak tak layak kalau dah tekad tu tinggi kau paksa ja diri tu bagi layak!!* hahah thanks for the cooperation dear kepala hangguk! :P 
.
Jadi minggu depan Hana dah busy dengan orientasi sebagai persediaan untuk bermesra alam dengan Mr.STPM.Huhuh serious say,baru tiga hari jadi hakak form 6 dah rasa lemau semacam.Maklumlah dah telebih bertapa kat rumah en? so hadap ja lah kesengsaraan nak bangun awal sebelum subuh,malam-malam sibuk stresskan diri nak match-kan baju bagai haha.Oh ya! Kitaorang tak pakai uniform sekolah tau.hehe nama ja form 6 tapi sebenarnya kitaorang punya cara pemakaian dah ala-ala kolej.Isnin pakai baju formal,selasa baju sukan khas,rabu baju uniform kokorikulum,khamis baju korporat atau batik then Jumaat pakai baju formal semula.Yang paling best tu,handphone boleh bawak weh!!!! hahaha :P sis terharu tambah jakun sekejap :') Selama ni,kemain ketat lagi peraturan sekolah yang nak kena hadap.Now on,laptop pun boleh sumbat masuk beg dah! Tak adanya lagi nak main sorok-sorok dengan makcik tukang sapu ke mak cik kanten ke haha :3 Then tak lah sis diserang penyakit gabra bila tetiba kena balik awal or ada kelas tambahan and so on.Kan? ^^ So apa yang boleh Hana simpulkan ialah,Best giler masuk form 6!!! 



Hakak form 6 terPoyoo
sedunia :P


.
Sekian.^^ btw,korang pun mesti ada komitmen sendiri kan? kan?! So,chaiyok! chaiyok! <3 


Wednesday, 2 May 2018

Motivation Words #6







بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dream isn't just a wish,
But it's a promise that meant to be fulfilled...


While you are waiting for things to happen,others out there are making things happen.Whatever that may be  " fitness goals,career goals,friendship goals,akhirat goals... etc.

You can't " wish " and expect everything will magically happen.
Be proactive about your life and intentional with your decision! That's it when you'll actually start DO things.

So,

Start from now on,don't just wish,but Let's make it happen awesomely! 
.
- What's your current life goals? Mine is cheering my parents today,tomorrow and forever more  <3  

Alhamdulillah,Hana dah selamat mendaftarkan diri sebagai student Pra-U pada pagi tadi ^^.Yeahh!!! Excitednya nak belajar benda baru >_< So new Mission officially begins!!! ^^ 

Wednesday, 25 April 2018

Segment Her Anniversary by Nurzariniismail



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

First of all,Hana nak buat pengakuan atas jenayah tidak menggunakan social media Facebook dan Twitter sejak bertahun-tahun lamanya.hahaha agak-agak hukuman apa yang sesuai untuk jenayah ni? :P 
Heehe secara jujurnya Hana hanya main Instagram pada masa-masa goyang kaki dan itu pun hanya tujuan untuk scroll2 sana sini supaya tak ketinggalan dengan benda-benda viral lagi hot and spicy.Hahah (Sis jujur ja T^T) Honestly,last post Hana adalah pada tarikh 24 March 2017.(Ishh... ish.. ish... bersawang! beb! haha >_<)
.
So dengan ini,Hana ingin menyusun 10 untuk meminta maaf kepada penganjur segment ini atas jenayah yang tak bertauliah tu.Hehe *peace! =3 Btw,Hana dah follow instagram akak.^^ *jangan request follow back Hana tau! hahhah nanti kena ignore :P

Hehe maaf sebab main bantai ja join tanpa ikut syarat sepenuhnya... huhhu :')  so kalau tak bertuah kat segment ni pun tak apa... Hana redha siap-siap! hahah janji dapat support akak penganjur segment ni yang suka terjah blog Hana secara istiqomahnya tu.Hehe ^^ Big Thanks to akak penganjur segment! 
.
Sekian =)


Monday, 23 April 2018

Afraid of changing~





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dari kiri = Biby bakal ustazah yang mudah terhibur at the same time cepat touching,Misha kpoper tegar a.k.a pendengar setia yang friendly gila-gila!,Fatin a.k.a Miss World Arabic Fighters merangkap Princess kuat makan,Hana a.k.a Chie si Bimbo berhati Gangster yang suka ajet-ajet bagus!,Tira si pencetus gelak tawa dengan level setengah tiang tahap kaw-kaw,Udin si wajah jambu merangkap satu-satunya kumbang dalam group Arabic fighter! ~ Surprisingly setahun selepas itu,group kitaorang berkembang dengan kehadiran Sherry yang suka bercakap ala-ala Dato' Fadzilah Kamsah,Juna yang masuk air dan pakar mengenai kisah-kisah orang gila di mana-mana pelosok dunia dan Dura si gadis Complex tapi baik hati.

Honestly say,they are those person that I yearn the most right now,yesterday and maybe tomorrow.:') They know my tears,they know my weakness,they know how to cheer me up... and most importantly they are always beside.



Sambung study nanti semuanya takkan sama lagi.
.
Bila dah biasa sekaki mesti lain gila rasanya bila dah berpecah.:')
.
It's not about ' Siapa tinggalkan siapa? ' but it's all about dare to risk it all by grab all those chances ahead!
.
Diaorang semua rata-rata nak sambung study kat Nilam Puri kelantan.While me,staying here at my comfort zone.
.
Maaflah... Hana ja kot yang emo lebih-lebih... :') sebab Hana afraid of changing!
.
Pasti akan jadi kekok bila diaorang tak ada nanti... ya lah,kita dah terbiasa semsama.Pergi bilik study semsama,pergi toilet semsama,berarak ke padang seiring dan sejalan,bergerak ke library secara berjemaah,tak ketinggalan ke tapak perhimpunan pun manja nak semsama jugak! Hehe and best part of 'semsama' are masa redah hujan... kena kejar dengan anjing... membawang bawah pokok mangga,bermesyurat agung di surau,scene betulkan tudung lepas solat... T^T huaaaaaa!!! *Siapa potong bawang ni?!! Hohoho 
.
Hana tak suka bendaalah rindu-rindu ni... Menciii ahhh! T^T sekarang pun dah rasa pedih! Apatah lagi nanti bila Hana sambung form 6 dekat sekolah yang sama then figure out yang diaorang tak ada dekat sebelah.T^T
.
.
Tapi apa nak buat kan?! ^^ resam hidup... Benda yang kita harapkan takkan berlaku,itu lah yang akan jadi.So,nak tak nak! Kita still kena hadap! :') Bukan sekarang,nanti-nanti pun benda ni akan berlaku jugak!
.
Sigh!


#SilaLahStayStrong! Haha :'D K'bye! nak sambung berhuhuh ~


Wednesday, 18 April 2018

Motivation words #5




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


I crave spontaneous adventures... It keeps me on my toes and excited for life! Even if it's something simple like breakfast at midnight or a random hike or star gazing or making shapes in the clouds.I just love taking in the moments! 
.
.

What's your favourite adventure? Mine is smile to the random people especially stranger haahaha sounds lame! >_<

Tuesday, 17 April 2018

Teenage Standard Problem




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Holla!

Lingkungan umur macam Hana ni adalah titik permulaan untuk mendewasakan diri dengan masaalah-masaalah duniawi.Bermula dari aspek fizikal,mental,rohani,jasmani dan bendaalah yang sama waktu dengannya.*Oh yeahh kan?! Hahaha sila lah brain! :
P
.
.
Fake friends lah,fatah hati lah,fake hope lah dan segala mak nenek yang korang sendiri pun tahu.
.
Hmm.... hm... hm... T^T 
.
Kalau tanya Hana,now on boleh lah nak eksyen " Sorry! I'm happy with my life.Those listed are unwanted! " Hahaha.But! Sigh!! Hana tak faham sangat apa bendaalah yang Hana sendiri listkan tu hahaha ^^ Perit sangatkah nak handle? Adakah setaraf masaalah negara wawasan 20-20? :3
.
Mungkin sebab Hana ni spesis yang tak suka nak koner kiri koner kanan untuk perkara yang Hana tak determined sangat.Hana berpegang kepada prinsip " Impian adalah misi utama " So kalau apa-apa jadi sekali pun hidup ini dah dikira jihad.Impian tak kesampaian? Hana pergi dengan bermaruah.Cewahhh! Ada tong sampah tak? Nak muntah lak hahahah >_< But yah! Hana tahu Hana pelik! Pelik sebab terlalu obsess dengan impian.Pelik sebab tak se'tengkorak dengan geng-geng remaja Hana yang lain tu.
.
But macam mana kalau tiba-tiba kena kat batang hidung sendiri.Esok-esok kena fake friends tetiba acaner? 
.
Entahlah... :( The fact is Hana spesis yang malas nak brain siapa yang suka dan siapa yang meluat tu.Dan malas jugak nak ambil pusing sangat tentang manusia yang datang dan pergi... Sebabnya Hana sendiri pun tak pasti,adakah diri ini pernah jadi manusia talam dua muka dalam hidup seseorang? Adakah diri ini pernah menjadi bawang yang mencalar balarkan hati para netizen dalam tak sedar? Menjadi hater dalam selimut? atau mungkin ada yang dah terkena penangan fake hope dari dak gangster ni? Hmm... mungkin! =/  Jadi siapalah Hana nak menyalahkan mereka-mereka yang 'come and go' itu bila mana,mungkin diri sendiri lah puncanya.Kan? ^^ 
.
Tapi apa nak buat bila itulah resam hidup yang kita perlu hadap.Tak nak rasa perit? then doa-doalah mintak-mintak mati besok! kahkahakah >_< senang citer! (Pinjam ayat ustaz R kejap!) hehe
.
.
Solusi dia senang ja sebenarnya.Kena kamching kaw-kaw dengan our creator which is " Allah " :) .Letak Allah number satu then hidup awak takkan sensara,takkan rasa kosong,takkan tergantung sepi,even semalam belakang awak kena tikam kaw-kaw punya!,even semalam crush awak friendzone'kan awak,even semalam dah terdedah bff awak sebenarnya talam *bukan kuih bahulu* hohoh and even tak ada orang nak hulur tangan untuk awak buat " count on me challenge " T^T But percayalah... bila hubungan awak dengan sang pencipta dah kamching tahap dewa... awak automatically akan jadi spesis manusia yang berpegang kepada prinsip dan masa tu awak akan faham maksud ayat cliche " Allah kan ada :) " hehe dan! dan! dan... Ishaallah,akan sentiasa ada ganti untuk mereka-mereka yang dah selamat berambus dari hidup awak.Sob sob sob T^T *ni nasihat kepada diri sendiri ke pe ni? huhuhu :') 

.

But yahhh! Hana selaku manusia level iman suam-suam kuku memang tak terlepas dari simptom-simptom hilang ingatan yang sebenarnya diri sendiri ni yang patut di'kaunselorkan hahhaa :3.So kalau rasa advice ini mengandungi ayat-ayat yang berbaur ajaran sesat ke apa.. sorry tau! hehe =3 Maklumlah cita-cita nak ambil alih jawatan Dato Fadzilah Kamsah 10 tahun akan datang hohohoh.Kbye! :P 

segmen bloglist April


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Asalamualaikum semua. Jom join segmen blogwalking, boleh tingkatkan pageview + tambah rakan rakan baru.


klik banner untuk join sekaki!






Monday, 16 April 2018

Cara check kemasukan Form 6 2018-2019




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hari ini merupakan tarikh official untuk membuat semakkan kemasukan Tingkatan 6 bagi tahun 2018-2019.

Hana dah check dan alhamdulillah,result dia... 


Tahniah! Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 2018

Alhamdulillah... 

Korang-korang yang sebaya Hana tu bolehlah klik SINI untuk keterangan lanjut dan kalau berminat nak menyulam kasih dengan Mr.STPM ni lah hohoho  =3 Btw,bagi Hana lah kan,in case korang masih belum buat keputusan yang tetap lagi yakin nak melangkah ke mana selepas ini,adalah lebih afdal korang apply ja Form 6 ni dulu.At least korang tak buang masa.Means,nanti bila dah confirm nak masuk mana,korang break up ja lah dengan Mr.STPM then sambung lah relationship dengan pilihan hati korang tu :P heheh.So,taklah buang masa di situ kan? And andai kata kalau tak terpilih nak masuk mana-mana,korang boleh teruskan percintaan dengan Mr.STPM.Tidaklah kelam-kabut nanti nak urus masuk form 6 sekiranya dah tak ada pilihan lain.Hehe pendek kata,tak rugi apa pun kalau apply dulu.

Dan kepada yang tak dipilih oleh Mr.STPM,Hana sarankan korang buat ja surat rayuan.^^ Rugi lah tak sambung form 6 ni... Inshaallah korang boleh punya! syaratnya jangan gatal-gatal nak berkenalan dengan encik Give Up lah ya.. hehe *Senget tul ahh ayat hahahaha*

Klik ja links kat bawah ni untuk keterangan lanjut ok?!




Sekian.^_^ Ingat tau! jangan sesekali putus asa! Say No! to Give Up! Sebab the fact is you always can! but only if you clear your mind of can't! :)


Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Holla!!!

Hana join another segment from blogger Siqahiqa.Hehe first of all,Hana nak say sorry lagi sekali sebab tak dapat like or follow page Fb akak :") Sebab Hana dah lama break up dengan Facebook ni.Since 2014 lagi dah merajuk tak nak ada kaitan dengan Fb hahaha T^T so hopefully akak still terima Hana sebagai perserta segment ni ya hehe... 

Memandangkan Hana punya level kemalasan adalah 0.99% pada malam ini dan bertepatan dengan request akak,so Hana nak share lah pasal  apa yang Hana suka tentang blog kak Siqa ni hehe.... Apa yang Hana suka ialah blog akak simple dan nampak kemas terutama sekali dari segi susunan widget dan pemilihan font.Pendek kata,sedap mata memandang ja bila singgah blog akak dan perut pun sejuk sesejuk perut ibu mengandung hahaha over betul! :P hehe just based on opinion seketul Hana ni ja.But honestly tak perlu risau! Blog akak totally tak ada kekurangan yang ketara.Semuanya just fine,pada mata Hana lah... ^^ Level awesome Hana rate 4/5 hehe!
.
Sekian ^_^


Friday, 13 April 2018

Motivation Words #4






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



You can't start the next chapter in your life if you keep re-reading the last one ^^ Close the door to the past,open the door for the future.Take a deep breath and walk through... Many more opportunities are waiting for you. Look Up! They may be just around the corner! <3 
.
.

p/s : I dare you to comment nothing but sm:)e emoji ( ^_^ ) 




Saya Nak Masuk Bloglist April by S.K.






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hollaaa!!!

Jom join segment Pencarian Bloglist yang sangatlah simple ni :3 Seriously tak perlu brain langsung! Just kena jerit kuat-kuatlah " Saya Nak Masuk Bloglist April by S.K!!! " then baru boleh join to the club hahah taklah tipu ja. hehe :P But seriously syaratnya sangat simple! sebab tu Hana terbabit sekali hehehe :D Macam biasa klik ja banner then join sekaki terus dengan Hana =3
.
.
.

Hashtag Selamat Menjoinkan Diri ^_^

Wednesday, 11 April 2018

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hollaaaa!!!

Jom-jom join segment super simple ni =3 Lagi ramai join lagi padu sesi mem'blogwalking sesama peserta nanti heheh.Seperti tertera tarikh expired 25 April ni sooo... bak kata kak Sajat " Cepat! Cepat! Jangan Lambat-Lambat! " >_< haahhah belanja lirik lagu tu kat ruang komen jap! korang mesti hafal kan?! :P Hehehe Anyway,back to the topic,sila lah terjah banner tu laju-laju ^^ *tapi lagi afdal kalau korang buat sesi jejak kasih kat bawah ni dulu hahhaha :P 
.
.
Selamat Membabitkan Diri!!! ^_^



Tuesday, 10 April 2018

Movie Review : Suatu Kala


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hana sebenarnya dah tengok movie ni since minggu lepas lagi tapi baru dapat wahyu nak buat review hahaha.Sebab Hana bukanlah tukang review yang boleh korang jadikan rujukkan dan Hana tak reti sangat nak mensinopsiskan sesuatu.So jangan kecam kalau rasa Hana noob sangat bab-bab me'review ni.hehee =D Seriously entri ini tak layak sangat digelar review... :') Hanyalah pendapat seorang budak brutel ja.







Pandangan Hana

Movie ini menepati citarasa seorang Hana atas sebab genrenya yang berunsurkan fairytale! Hehe seriously Hana super enjoy every scene dalam movie ni yang berjaya dilakonkan dengan baik oleh pelakon-pelakon kanak-kanak favourite Hana.Wafiey,Sweet Qismina,Qistina Raisah and etc.

Dipecahkan kepada 3 slot iaitu Kisah Malin Kundang,Bawang Putih Bawang Merah dan Badang.Kisah-kisah dongeng tu semua sudah sebati dalam masyarakat Melayu,so rasanya tak ada masaalah untuk korang faham jalan cerita dia even ketiga-tiga kisah dongeng tu telah diberi nafas baharu dan diolah dengan kreatifnya.Menonton movie ini akan membuatkan kita sentiasa berteka-teki siapakah Indera dalam kalangan watak-watak dalam kisah-kisah dongeng tersebut? *berapa banyak dalam nak bubuh ni? hahah*.Indera tu spesis manusia yang ada kuasa Magic.1 in a million ja dalam kalangan orang Loka (orang biasa) so sebab tu lah susah sikit nak dikenalpasti.And pada pengakhiran kisah,orang-orang Indera akan dibawa ke istana atas perintah Raja Loka.
.
Pada mulanya,tersedak lah jugak sebab tak faham sangat apa itu 'Indera' hahah ^^  serious blur gila.But somehow layan jugak sampai habis slot 1 tu.Hehe mungkin sebab Wafiey comel gila bawa watak Malin kot =3 Then masuk slot Bawang Putih Bawang Merah barulah Hana boleh brain apa sebenarnya maksud 'Indera' hahah ^^ maklumlah dah lama tak mencerna ilmu,otak ni pun slow nak mampus pulak! hehe :3 And slot 2 ni dipelopori dengan jayanya oleh pelakon favourite Hana since childhood iaitu kak Sweet Qismina!! Seriously comel gila kak sweet jadi Bawang Merah.And biasanya based on original story Bawang Putih Bawang Merah,kita mesti rasa nak bagi penyepak ja kat watak ibu tiri dan kakak tiri kan? Hahah tapi alhamdulillah tidak pada versi ini.Heheh seriously Hana enjoy story line dia even jauh beza dari kisah asal.And masuk kepada slot 3 pulak iaitu kisah Badang,bagi Hana kurang ump! Since masih terbawa-bawa kemanisan slot ke 2 tadi heheh and plus sebab Hana tak tengok sangat kisah Badang yang original.:P yang Hana tau dia jadi kuat sebab makan muntah.Hahah but alhamdulillah tak ada scene makan bendaalah yang menjijikskan dalam kisah Badang versi Suatu Kala ni.hehe anyway,pembawa watak badang pun cute gilaaaa!! =3 combain dengan Qistina Raisah perghhh!! Overload punya level kekiutanlah hahaha.Just Hana agak kecewa sebab tak ada pengakhiran yang kukuh untuk watak-watak indera yang dibawa ke istana.So hopefully ada versi part 2 untuk movie ini.^^
.
Secara keseluruhan,honestly Hana paling suka slot Bawang Putih Bawang Merah ^^ sebab penjiwaan watak yang dibawa oleh kak Sweet adorable tahap takleh nak brain :') lagi-lagi Hana memang minat gila dengan kak Sweet since dia berlakon dalam Hikayat Putera Shazlan lagi.>_< hehe Apa-apa pun ketiga-tiga slot tu sangat gempak! Bermula dari story line,environment dan pembawaan watak... semuanya power! Terasa macam diserap masuk dalam story hahaha *fefeeling kita pulak watak utama :P heheh Biasalah Hanakan obsess sikit dengan bendaalah fairytale ni so memang excited gila lah masa layan movie ni ^^ Highly recommended untuk ditonton seisi keluarga pada hujung minggu sambil makan ais krim depan Tv perghhhh!!! Boleh brain ke tak boleh brain tu?! hahaha ^^

.
Rate 4 / 5

So cepat-cepat langgan di Astro First!!! ^_^

Monday, 9 April 2018

Misi 07






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!


Cewahh! tajuk bukan main hipster lagi hohohoh.So apakah benda asingnya misi 07 dak Gangster ni? =3
.
Seperti biasa bila nak dekat bulan puasa ni,maka kaum-kaum hawa pun akan melangsaikan hutang-hutang ABC masa bulan puasa yang lalu.Hopefully korang faham sendiri lah ya heeeeee :D ( nota kaki: ABC - Allah Bagi Cuti )
.
Macam tahun-tahun lepas,niat nak bayar hutang awal tapi nak buat macam mana bila ABC special sampai tak ikut time.Plus,asal nak mulakan misi membayar hutang,situ lah dapat tajaan ais krim berkontena-kontena,situlah Mrs.Mom semangat nak masak special,situlah baru teringat stok coklat kat cabinet. :') *Kalau puasa nanti risiko kena seludup lah pulak!*.hahaha! Ya ampunnn,nampak sangat Mr.Iman tak cukup sado lagi ni! Baru kena uji sikit dah goyang! hadoi! kata gangster?! :P Huhuhu so ter'postpone lah misi 07 Hana.Sebab apa 07? Sebab memang lazimnya 7 ringgit hutang yang nak dibayar hahaha ^^ Tapi pernah jugak berlaku di mana Hana dikehendaki untuk membayar hutang secara double,gara-gara ABC special datang tak diundang ngam-ngam penghujung bulan puasa.:') Even awal bulan tu dah berkibar-kibar bendera Jepun.Hahahaha korang jangan triggered! >_< 
.
Hem! Hana selaku netizen bawang,nak tanya ni... korang dah bayar ke hutang ABC last year? Opkos lah sudah kan? Heheh =3 Hana dengan Mrs.Mom start bayar ansur-ansur minggu ini.Inshaallah nak consistent biar habis terus tanpa baki se'sen pun.Sekali harung gitu! 
.
Apa-apa pun semoga kita semua terlepas dari beban-beban hutang duniawi.Tak kesahlah dari segi apa pun.... sebab hutang ni mengancam sikit hukumannya dekat sana nanti.T^T 
.
Sekian ^_^ Selamat Membayar Hutang!!! heeeeeeeeeeeeeee :D 


Friday, 6 April 2018

Kemanisan Berzikir


click play button!! >_<


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dalam banyak-banyak amalan sunat Hana paling suka Zikir.Cewahhh kononnyalah kan? hohoho *menci ahh Hana ni asyik bajet bagus ja :P
.
Zikir tak susah pun.Bila-bila masa boleh buat.Ada wuduk tak ada wuduk.ABC tak ABC,kita free berzikir dengan kaw-kawnya.Heheh.Sebab tu Hana suka Zikir.^_^


Kemanisan Berzikir



  • Level iman meningkat

Bila kita dah mula rajin berzikir itu tandanya iman kita dah meningkat ke level yang lebih up sikit dari sebelum ini.Alhamdulillah... tapi kena istiqomah lah kang tak pepasal jatuh level.Hohoho T^T

  • Hati menjadi tenang

Seriously tak tipu ya! Dah banyak testimoni berjaya membuktikan yang berzikir boleh buat hati kita jadi tenang.Syaratnya waktu berzikir tu kena hayati dan lafaz secara sebetul-betulnya. 

  • Terhindar dari laghanya dunia

Inshaallah kalau kita rajin berzikir,hati kita akan sentiasa ingat Allah.Then secara tidak langsung kita akan berpegang kepada prinsip " Akhirat first Dunia kemudian! " hehe Inshaallah...



Jujur cakap,Hana bukanlah insan yang boleh korang gambarkan 24 hours mulut tak henti-henti berzikir.Instead Hana spesis manusia yang ada certain time tiba-tiba rasa nak berzikir kaw-kaw.And certain time mulut bukan main berat lagi nak berzikir.Tapi kalau berkera-ok dari waktu dhuha sampai asar pun larat.:') Hm.. hm.. hm.. Maklumlah,iman cepat goyah! Dan dunia ini terlalu kejam dengan tipu helah.Sampaikan tergugat Mr.Iman gara-gara laghanya dunia... T^T That's why kena rajin-rajin buat mesyuarat tingkap dengan Mr.Iman! Biar melekat kat kepala hangguk ni yang Mailakat maut bila-bila sahaja boleh datang menjenguk.:')
.
But it's ok! Kita bukan malaikat.Kita level manusia yang mudah alpa,tapi alhamdulillah selagi kita still berpegang kukuh pada kalimah " La ila haillallah " Inshaalllah masih ada peluang nak berlaga-laga pipi dengan awak dekat sana nanti.Aaamiiin :')

.
Jom Zikir! Seminit pun jadilah! ^_^


Thursday, 5 April 2018

Motivation Words #3





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Yah! Just believe to the little voice inside. :) Life is too short for doubting yourself.And... you know what?
.
I think the biggest battle we face is in our mind.... 
Because the only time I can't do things is when I doubt myself and get inside my head.
Then the way to overcome it is " be brave " Do things as if you already know you'll succeed!!! And Please know that you're AMAZING 

Because It starts with BELIEVING IN YOURSELF

I already believe in you.... Now Go Get Them!! ( your dream )



-P/S : What's your favourite quote or saying? Let's inspire each other! ^_^


Wednesday, 4 April 2018

Kelebihan Masuk Form 6






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Memandangkan Hana nekad untuk pilih form six sebagai langkah seterusnya untuk ke Universiti maka Hana nak share lah dengan korang faktor-faktor Hana terpikat dengan Mr.STPM ni.Heheh

Kelebihan Student Pra-U (Form 6)


  •  Jimat Budget


Parents Hana tak perlu susah-susah bank in duit setiap bulan since masuk form six ni macam pergi sekolah harian.Heheh :3


  •  Persekitaran Sihat


Environment sekolah pada Hana lebih sihat berbanding kolej.Pada Hana lah... ^^ Hana pun tak nak mendewasakan diri sangat pergi jauh-jauh.Masih terlalu awal untuk Hana kenal pelbagai ragam manusia yang 180 darjah berbeza dari suasana sekolah.


  • Dekat dengan Family


Hana tak perlu berjauhan dengan family.Tak ready lagi lah.... T^T Awal-awal lagi nak pergi jauh... belum lagi nak ambil degree... huhuh apatah lagi bila dah masuk alam pekerjaan nanti.Mesti lagi renggang kan? ^^ so better slow and steady ja.Jadi budak form six means Hana still rasa diri ini seperti budak sekolah yang perlukan attention secukupnya dari  family dan guru.


  • Selangkah kaki untuk ke Universiti

Golongan yang choose form 6 ni biasanya memang target untuk sambung degree kat Universiti.Dan itulah target Hana.:3 Form 6 ni ibarat peluang kedua untuk mereka-mereka yang result tak berapa tip-top masa SPM.But it's oklah sampai lambat pun... janji jangan stop kan?! :) Hana mungkin level katun-katun ja,tapi Hana seorang fighter yang tak suka kalah! So Mr.STPM,watch out!! haha >_<


  • Masa yang singkat 

Ini berdasarkan pengalaman kakak sulung Hana.^^ Dia ambil form 6 manakala sepupu kitaorang pulak ambil diploma kat UPSI.Guess what? Kak long kawasan Hana yang lebih dahulu masuk U.weee!!! >_< Actually benda ni bergantung kepada nasib.But Hana tak nak ambil risiko bila pengalaman dah ada depan mata Hana.^_^ 



Sekian! Itu sahaja faktor utama yang menyebabkan Hana terpikat dengan Mr.STPM.Hopefully Hana tak sia-siakan peluang kedua ini... Hana dah janji untuk tak nak kalah lagi! :D Hana dah cukup brutel untuk tempuh kepayahan menjadi budak form 6 setelah apa yang Mr.SPM buat pada Hana. :') So kepada kawan-kawan sebaya Hana yang ragu-ragu nak masuk form 6 buatlah solat istikharah banyak-banyak.Inshaallah... ada jalan keluar untuk next step korang! Fighting!!!!! ^_^ Jangan game over tau! Keep going and win all the challenges!! 

Tuesday, 3 April 2018

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Jom join segment by blogger Siqahiqa ni hehe.Yang ni pun segment korang wajib join jugak.>_< Kalau tak nak tersenarai dalam list blogger yang rugi lah hehehe.Klik banner tu cepat-cepat ya! Expired 3 Mei tau. 
.
Sekian ^_^



Monday, 2 April 2018

Next Step!








بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Alhamdulillah untuk nafas pada hari ini.Hidup lagi budak brutel ni dan still boleh mencoret luahan hati dekat diary ala-ala bimbo ni.Heheh :3 Ya lah... dua hari tak update entry baru... (kot-kot lah dah k.o kan??) Hohoho hashtag deep!
.
Memandangkan result Hana tak layak untuk masuk IPG.Hana dengan setekat hati tanpa perlu koner kiri koner kanan memilih form 6 sebagai jalan pintas untuk ke Universiti.
.
Memang itu yang Hana rancang selama ini.Tak layak IPG then masuk form 6.Heheh since Hana malas nak menyemakkan kepala hangguk ni fikir pasal UPU yang Hana tak boleh brain langsung tu.:') Seriously Hana tak nampak benda lain selain dua tu.Hana just nak cepat-cepat masuk U.Tanpa perlu bebankan parents Hana dengan yuran mahal-mahal bila ambil diploma kat kolej-kolej swasta.
.
Orang mungkin akan cakap yang Hana ni tak boleh keluar dari kotak! Result tak tip top lah! Form 6 untuk golongan level katun-katun lah :') Tak apa... sebaiklah gua brutel.Kalau tak aihhh! Confirm dah nangis macam kain buruk huhuhu T^T Btw,sebagai pencerahan,nanti Hana explain dengan secukup rencahnya tentang faktor-faktor Hana pilih Mr.STPM ok?! :3 Inshaallah cukup rencah... Garam,kari,aji no moto dengan makcik-makcik bawang sekali kisar masuk blender.Then masa tu mula lah korang takleh nak brain? huahuahua >_<.Hopefully netizen bawang tak makan cili bebanyak sangat masa dinner tadi heeeee :D (Tak faham? Then hashtag deep ja lah hohohoh)

Bubyee!! See ya again inshaallah.^_^ Jangan lupa jalan nak ke sini pulak heheh.Dah gi sambung tengok TACS kat astro Ria :3 


Friday, 30 March 2018

Pujian Vs Hinaan



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Normal tak kalau Hana declare yang Hana lebih suka kena hina berbanding kena puji.Cewaaahhhh mengadanya lah >_< Ajet-ajet bagus sangaat hahaha.
.
Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam segala hal.Bila kita over dalam se'something even benda baik sekali pun takut-takut timbul rasa riak dalam diri... Bukanlah Hana nak ajak korang supaya bersuam-suam kuku dalam amalan.No! No! But... apa yang Hana tahu lah kan... Allah lebih suka mereka yang buat amalan itu sederhana untuk hari ini but berterusan hingga esok-esoknya.Berbanding buat amalan kaw-kaw untuk hari ini but esok-esok makin pudar.*Faham tak?!
.
So berbalik kepada tajuk.Siapalah kita nak memberi pujian kepada someone dengan pandangan yang kita yakin orang itu confirmed syurga.Dan siapalah kita nak bersangka buruk kepada mereka-mereka yang sudah terang lagi bersuluh membuat kemungkaran sedangkan kita tak nampak pun amalan mereka yang tersembunyi itu.Senang citer ah kan.Hijabista (perempuan bertudung) ada ja kat neraka.Penjenayah,ramai ja yang sempat bertaubat sebelum pengakhiran hayat mereka.
.
Tak ada siapa yang selayaknya mendapat pujian di dunia ini melainkan kekasih-kekasih Allah yang sudah terlakar indah namanya di dalam Al-Quran.Sudah pun namanya manusia.Bila-bila masa sahaja benih-benih riak boleh tumbuh dan menyubur dalam hati seseorang.
.
Sebab itu Allah prefer awak bersederhana compare than awak over kaw-kaw sampai ter'riak tanpa sengaja.Rugi penat lelah awak mencari redha Allah bila penyakit riak sudah sebati teradun dalam diri.Tak memasal awak hidup untuk dapat pujian semata dan bukannya untuk mencari redha Allah.

.
Dan korang pun janganlah anggap Hana ni tak ada penyakit riak since Hana bajet bagus dekat entri ini ya.! Ingat tau! Hana tak suka dipuji nanti terapung-apung sampai lupa cara nak turun balik.(hahah since selalu bila dipuji kembang bukan main lagi! ) But ya... Hana suka bila orang jujur on the bad side that they figured out about me.Tak apalah untuk rasa sakit dihina tu.^_^ Janji Hana tak terus hanyut dan rasa diri ini sentiasa betul.Sedangkan hakikatnya sifat maksum tiada dalam diri ini.Cuma kadang-kadang terpaksa bajet bagus mengingatkan dan teracah-acah macam ustazah pilihan since amalan tak cukup banyak untuk fight dosa yang tinggi menggunung.T^T 
.
Btw hari ini Sayyidul Ayyam right? So hopefully korang dah al-kahfi lah ya.And adalah lebih afdal kalau korang zikir kaw-kaw punya sebelum tidur! Zikir sampai kering air liur korang,sampai hati jadi lembik kalah tisu.Then nangislah puas-puas sesungguhnya air mata taubat itu jarang sekali mengalir.(Kan? kan? eleh macam lah Hana tak tau korang selalu nangis tengok citer koriak ja kan? hahaha tersindir diri sendiri pulak T^T) Kbye!  >_<

Thursday, 29 March 2018

Motivation Words #2


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 







How kind that Allah give us advantage as a human.We have mind... we have sense and we still get a brane new chance to take a breath today... ^^ Alhamdulillah for those rahmat.
.
But as a human being,there must be a day that we forget " The Giver " 
We breaking the rules as a muslim.We forget to be grateful... T^T We blame Allah who put us into undesirable situation.We hate our fate.
Is that what you call takdir when Allah has been giving you chances to use your brain properly? Is that what you call Allah's plan when Allah already told you what's to focus and what should be left? Those things written lovely in Quran.Allah already show you  the ways.Decision is up to you.
Don't you know that Allah love you all this life time? Isn't it enough all of the rahmat you have today? Is Allah take it back after each sins you have been doing? Don't you feel blessed being kalifah in the face of the earth which owned by Allah? 
.
So as a human who should to be fully thankful for every single rahmat today,please... follow the rules as a muslim.Feel how deep Allah's love towards you by reading those lovely word that written in Quran,at the same time follow the hadith.That's it! You'll know how loved you are - Said Hana to herself






Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





Hollaa!!!

Sangat dialu-alukan untuk join sekaki dengan Hana! ^^ syarat yang amat simple tahap korang tak perlu nak brain.And korang akan tergolong dalam golongan yang rugi kalau tak join haha. So sila lah klik banner di atas ok?! Jangan tersenarai dalam list blogger yang rugi tu muahahah >_< 










Wednesday, 28 March 2018

How To Prove You Are Mature





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Being mature doesn't mean that you have to stop yourself from watching Cartoon,Barbie or adore your favourite Disney Princess..But it just like you have to be one's who handle your life wisely.


How To Prove You Are Mature 

  •  Be Responsible


Mature person are always take  serious responsible on their duty or daily routine.


  • Stop Complaining

They don't complain about the things that they don't suit or things that they don't have.But they work for it if they want something!


  • Easily Give Forgiveness

Those mature person are easily give their forgiveness since they know that everyone are 'mistaker'.Keeping a wrath or holding a grudge only hurt themselves and not gonna solve the matter.



  • Avoid negativity

They always avoid negative vibe to not get any problem in future.Instead they think positively in every perspective for every situation.



  • Accept yourself


To be mature you have to accept yourself and trust on your own  power.Mature person don't compare themselves to others since they realize that people are different and they have their own advantage.



  • On Time

They always on time to avoid wasting every precious second in their life.



  • Do not run away from any  problem

They don't run but they solve it wisely!




I am not that perfect mature person.:) But I'm hoping to be that mature one's.Heheh :3 It's just my own opinion.You can add it if you think that there's something missing. ^^ Let's spread positivity and motivate each others so I hope you don't mind to share your own opinion :D 


Tuesday, 27 March 2018

Stop Comparing Yourself


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



' Stop Comparing Yourself '


Penyakit 'compare-compare' ni sebenarnya hanya wujud dalam diri mereka-mereka yang tak reti bersyukur... *wuishhh! deep kuasa dua wehh! hahah* Tipu lah kan kalau kita cakap kita langsung tak pernah rasa rendah diri bila tengok orang lain extra dari kita.Kan? Kan? ^^ Biasalah tu... kita kan manusia biasa... Hana pun bukan sekali dua rasa macam diri ni tak cukup something... berkali-kali.Hmmm... T^T Perasaan ini sangatlah annoying tahu tak?! So macam mana nak detikkan hati kita untuk bersyukur dengan anugerah Allah yang sedia ada ni?! 


Tips Bersyukur :


  • Tingkatkan ketakwaan dalam diri 

Bila ketakwaan kita dah mencecah langit ke tujuh,kita automatically akan jadi spesis manusia yang sentiasa ingat mati.^^ So bila kita sedar yang kebahagian di dunia ini cuma tipu helah semata maka kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak.Then guess what?! Kita dah tak kesah lagi pendapat orang lain tentang kita... Sebab pandangan Allah terhadap kita lebih penting! Lebih mustahak! ^^ So... jom! jom! tingkatkan ketakwaan dalam diri.Inshaallah... penyakit 'compare-compare' ni akan hilang dengan sendirinya... Hati pun tenang ja sentiasa :D

  • Lihat kepada mereka yang kekurangan

Bila kita tengok orang yang extra dari kita... kita akan terdorong untuk tak bersykur.Tapi bila kita tengok mereka-mereka yang kurang dari kita maka kita akan terdorong untuk bersyukur.Simple kan?! So... sudah-sudahlah gi skodeng insta-insta famous tu hahah instead gi tengok berita pasal orang kelaparan kat afrika tu... 



Pada Hana dua benda tu sudah cukup untuk mendorong hati yang liat betul nak bersykur ni.Heheh so korang ada apa-apa lagi nak ditambah tak? Share lah ilmu tu sikit ^^ 
.




Sebagai penutup,Hana nak korang hayati video motivasi yang Hana cilok dari channel youtube favourite Hana ni haha.Tengok jangan tak tengok!


.
Sekian ^_^ 


Monday, 26 March 2018

Aliya Zulaikha Take Over!



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 







Holla!

Hye kengkawan! ^_^ Saya Aliya Zulaikha.Adik kepada budak brutel a.k.a Author blog ni.Disebabkan kak Chie saya dah kehilangan suku dari sel-sel otak yang menjana idea,maka saya selaku assistant dia telah diarahkan untuk mencoret apa-apa sahaja di blog ini.

Btw guys! Cun tak saya dalam gambar tu.Ala-ala Princess Aurora Sleeping Beauty kan? Kan? Itu gambar yang kak Chie saya snap masa umur saya 1 bulan.Now on umur saya dah mencecah 2 bulan.Alhamdulillah... Tak dinafikan yang saya ni setaraf anak Dato Siti.Hehe :3 *nak muntah?! Eleh jeles ah tu! Hmpp! >_<
.
Entahlah fenomena apa yang melanda,sampai berat saya sekarang dah mencecah 6 kg.huhuh mula-mula tu adalah sikiť rasa insecure bila kak Chie saya atau nama glamour dia Hana asyik gelar saya baldi bernyawa.Sampai hati dia kan? Dah tu cakap muka saya ni empat segi macam kiub tumpat! Ish.. kejam.. kejam..
.
Yang paling saya tak leh nak brain tu,dia sehari tak cubit pipi saya sampai merah macam tak sah rukun fardhu dia.hmpp! Tak cukup pipi hidung pun dia nak tarik jugak! T^T tapi tak apa kengkawan... time tu jugak saya akan guna kuasa suara rock saya untuk meraung seselamba hati hahaha and then dia kena bebel dengan Mrs.Mom! Muahahaha padan muka! Ingat dia seorang ja yang gangster! Dia tak tau ke peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...  pendek kata saya memang tak sabar nak bergusti dengan kak Chie saya tu bila saya besar nanti :P
.
And saya malas jugak nak diet-diet ni since benefit dia saya dapat meranakan hidup kak Chie saya setiap kali Mrs.Mom arahkan dia untuk jaga saya.Muahaha sebab saya ni jenis yang tak suka diabai.Maka melara lah kak Chie saya yang tak besar mana tu setiap kali saya merengek minta didokong huahuaha! Tak pe kak chie.. ini namanya work out! Cukup 5 bulan umur saya memang ber'muscle lah akak jadinya.Hehe *peace yoo!
.
Itu sahaja perkara-perkara yang saya terdetik hati nak luah dengan kengkawan semua! Apa-apa pun saya tau kak Chie sayaaang saya sepenuh jiwa raga dia.Hehe cuma saya ja yang tak boleh decide lagi nak terima ke tak sayang dia tu.Hmm... ??? Hehe ok lah Liya cau dulu tau! Nak kumpul tenaga secukupnya.Biar badan makin sado.Hehe Esok-esok nak sambung membuli kak Chie kesayangan saya tu.

Sekian... hmm.. untuk membuktikan kengkawan kak Chie saya tu manusia,sila tinggalkan nota-nota manis kat kotak komen bawah ni ya! Heheh =3 Liya nak kira ja berapa ramai kawan kak Chie Liya tu >_<