Thursday, 22 February 2018

Polaris

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Polaris ya bukan pelaris! Hahahaha

Ok... before Hana start nonsense'ing saja nak tanya korang pernah tak baca buku Bintang Hati Saya by Riley Fizan?
Kalau pernah mungkin korang akan lebih faham tentang topik entri Hana ni.








Polaris


Ia merupakan satu-satunya bintang yang reti duduk diam a.k.a tetap pada paksinya while bintang-bintang lain bergerak melawan arah jam.Bintang ini sangatlah unik dan tersenarai antara bintang paling terkenal di alam semesta.Kedudukan Polaris yang tetap di langit utara sering dijadikan penunjuk arah untuk orang-orang yang sesat.


Sirius


Ia pula bintang yang paaaalingg terang  di alam semesta! Bintang ni tersangatlah powerful cahayanya.Pendek kata kita tak perlukan bantuan taleskop untuk melihatnya.Sirius terbahagi kepada 2 iaitu sirius A dan Sirius B.Sirius A ni dua kali lebih besar daripada matahari manakala sirius B pula lebih kecil berbanding bumi tapi paling dekat dengan bumi.


Siapa yang tak teringin nak jadi Sirius bila ia mampu bersinar paling terang diantara bintang-bintang kecil yang lain... Ia diibaratkan seperti  korang adalah yang paaling dilihat tak kira kat pelosok mana pun korang berdiri...

Tapi Hana tak nak jadi Sirius... sebab Hana bukan public figure hahah cewah gitu! heheh ^^ btw Hana nak jadi Polaris! 

Sebab apa?

Sebab Polaris adalah bintang inspirasi Hana dalam merialisasikan impian.

Sifat Polaris yang tetap pada paksinya mengajar Hana untuk bersikap tetap pada pendirian.Jangan mudah berubah mengikut arus masa.Lebih-lebih lagi sekarang ni macam-macam ragam manusia yang tak boleh ditanggapi dengan mata kasar.Ada yang boleh beri pengaruh buruk dan ada yang tarik kita secara slow motion untuk join sekali dalam dunia mereka yang mengerikan.Dan sebab tu Hana nak jadi macam Polaris.Tetap pada pendirian.Tujuan hidup Hana bukan nak puaskan hati semua orang tapi untuk berbakti di bumi Allah supaya kat akhirat nanti Hana boleh senang lenang kat syurga! *amboi! bunyik macam nak masuk syurga tu semudah beli teket 1 ringgit hahah!* So... Hana pegang pada paksi hidup Hana tu... tak akan berubah sampai bila-bila... sama macam Polaris yang tetap pada paksinya.


" Ramai orang mahu menjadi yang terhebat,terunggul seperti Sirius yang paling terang itu.Namun,ramai juga orang tidak mampu menjadi sedemikian.Menjadi Polaris pun sudah dikira cukup,menjadi yang dicari orang dalam kesusahan.Kalau tak dapat menjadi Sirius,jadilah Polaris " - Hakimi Adam Song.


Dan itu juga adalah faktor kenapa Hana nak jadi Polaris ^^

Polaris yang menjadi penunjuk arah orang-orang yang sesat menginspirasikan seketul Hana untuk jadi pembimbing orang-orang sekeliling Hana.... well,Hana bukanlah manusia yang sering dijadikan tempat rujukan.Tapi itulah impian Hana suatu hari nanti.Menjadi pendidik anak-anak bangsa! ^^



Kalau tak dapat menjadi Sirius...
Kau perlu mampu menjadi Polaris - Riley Fizan


So... korang yg mana? Polaris ke Sirius? 
Btw Polaris Hana dah cop siap-siap ^^ hohoho!


33 comments:

Auni Sofea Auni Sofea said...

In shaa Allah aamiin..semoga impian Hana nak jadi pendidik akan tercapai satu hari nanti

Hana Chie Hana Chie said...

@Auni Sofea hahah! thank you kak! ^^ Go go! Polaris! :3

Nora Karim Nora Karim said...

Moga kita semua pun tetap pada pendirian seperti Polaris... Moga tercapai impian untuk menjadi guru.

Hana Chie Hana Chie said...

@Nora Karim Thank you kak!!! ^^ jom jadi polaris!! :3

Raydah Raydah said...

even in most movies or stories polaris paling famous. ^^

Nur Azian Jaafar Nur Azian Jaafar said...

Cikyan nak jadi manusia. Takmau la jd bintang. Wakakakakkaa.....

Hana Chie Hana Chie said...

@Raydah so true! :D Sirius tak sepopular Polaris hahaha! ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Nur Azian Jaafar Amboi... loyar buruk hahah! ^^

msredcheesecake msredcheesecake said...

Akak pon nak jadi polaris, dpt jadiorang yg mampu tunjukkan arah yang betul dalam kehidupan ni...

Hana Chie Hana Chie said...

@msredcheesecake heeee :D sep satu kali kak! Hahah ^^

Ana Suhana Ana Suhana said...

Semoga hana menjadi muslimah sejati yg memenuhi taman2 syurga. Amin. Salam jumaat hana.

Hana Chie Hana Chie said...

@Ana Suhana thank u kak Ana!!! ^^ aaamiin... Hana doakan kak Ana pun begitu! :3

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

akak polaris juga! :D

Hana Chie Hana Chie said...

@Azah Rahaman oh yeahh! High five satu kali! Haha! ^^

Wahidah Aziz Wahidah Aziz said...

Nak jadi polaris jugak sebab tak suke jadi public figure. Heheh

Hana Chie Hana Chie said...

@Wahidah Aziz hahah tu lah... titew manusia biasa ja kan! hahaha ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Wahidah Aziz hahah tu lah... titew manusia biasa ja kan! hahaha ^^

Fatin Shahrizam Fatin Shahrizam said...

Rajin hana baca buku cemni. Kakftin ni fail laaa. 2 3 ms tertidur dah kot. Hahaaa

farhanna jafri farhanna jafri said...

ikut mood, kadang nak jadi sirius. Kadang-kadang selesa jadi polaris :P

Aida Hana Aida Hana said...

Semoga hana menjadi polaris yang sentiasa menyinari yee ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Fatin Shahrizam Buku ni bestlah kak! ^^ seriously tak mengantuk langsung baca buku ni! heheh :3

Hana Chie Hana Chie said...

@farhanna jafri hahah akak bolehlah jadi sirius :3 Hana ni ja yg tak berapa nak layak hahahah!! ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Aida Hana Semoga akak pun bersinar2 jugak hahah! ^^

AinAthirah Anuar AinAthirah Anuar said...

Happy weekend! http://theathra.blogspot.com/

Nieyla Nadia Nieyla Nadia said...

Moga kita semua bersinar...

anak denesor anak denesor said...

wah penuh inspirasi...ai pilih polaris la..tak mampu jadi sirius hehe

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli said...

Akak tak baca lagi buku tu tapikan akak pun macam Hana.. Pilih Polaris.. sebab akak memang takkan berganjak dan berubah demi orang lain..

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

@Hana Chie high fiveee! laga laga pipi. haha

Hans Hans said...

jadi Sirius senang bantu orang lagi :)

dear anies dear anies said...

insya allah aminnn...


polaris ni mengingatkan sy pd winter sonata hahahaah

Haulia Razali Haulia Razali said...

Bila sebut polaris teringat Winter Sonata. Salam perkenalan dari saya :)

Atie Zieya Atie Zieya said...

Dah lama Kak Atie tak baca novel :(

MiYOKO SuKi MiYOKO SuKi said...

mcm polaroid plak....hehe