Wednesday, 14 March 2018

Forgive Me





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


' Forgive Me... '


Nak tanya boleh? ^^

Dalam masa sehari berapa banyak kali kita mintak maaf?!

Ada kira2 100 kali tak? huahauha >_< Hana kan haraaap sangat dapat jadi manusia budiman yang jenis setiap kali jumpa orang mesti nak minta maaf... biarlah orang meluat tahap nak bagi penyepak sekali pun... yang penting hati ini sentiasa tenang  dan bersedia untuk " mati pada bila-bila masa" amboiii!! eksyen kemain! Dah ready sangat nak mati ke?!! Hohoho tak sama sekali,sudah semestinya! Hana level manusia yg gerun dengan sakaratul maut.Spesis yang automatically diserang pakinson bila sebut tentang kematian.

Cuma.... sama ada kita boleh terima atau tak,sebenarnya hakikat kita hidup adalah untuk mati..
.
.
So hidup pada hari ini adalah persiapan untuk mati pasa esok hari.
.
Nak mati dengan bawaan dosa kuantiti minima bukanlah perkara yang mudah.
.
Minta ampun pada Allah bila-bila masa sahaja boleh.
.
Tapi pada manusia,kita kena berhadapan dengan Encik Ego terlebih dahulu.
.
Cuba ingat balik... dah berapa guni dosa yang kita buat seumur hidup? 
.
Tersedak nak kira kan?
.
Itu baru dosa bersih... cuba kira dosa yang kita tak sedar pulak.
.
Apa bendatang pulak tu? hohoh >_<
.
Alah dosa free yang kita buat dalam tak sedar. ^^
.
Contohnya macam awak tak sengaja tersakitkan hati Kawan awak masa bergurau kaw-kaw dengan dia.Ya! Korang bfffff.Kamching kaw-kaw punya! Tapi awak tak tau apa yang terlakar lagi tersimpan dalam hati bffff awak tu.:(
.
Mungkin dia gelak kemain ikhlas lagi!
.
Tapi sebenarnya ada segaris luka yang tak terpancar melalui riak wajah dia.
.
Kalau dalam dunia blog ni pulak... mungkin ada orang yang terasa hati dalam diam dengan kita bila dia komen blog kita tapi kita tak balas.
.
Dan adalah lagi parah bila orang tu nampak kita seselamba hati mengomen kat blog orang lain tapi tak pulak pada blog dia sedangkan dia kemain baik hati sedekah komen kat blog kita.
.
Ia cuma satu kemungkinan yang reality.Ada orang boleh kata tak apa... tapi sebenarnya terasa jugak.Ada orang memiliki hati sebersih kain putih yang memang jenis memaafkan.Tapi ada orang jenis cepat terusik... entah dimaafkan entah tidak! *tak boleh salahkan dia jugak... sebab dia manusia dan bukannya robot yang tak berjiwa.Plus awak tak faham situasi dia...
.
So... pernah tak kita mintak maaf untuk dosa-dosa yang kita buat dalam tak sedar tu? Honestly cakap Hana tak pernah! Hohohoh T^T
.
.
.
dan actually... siapalah kita nak mengampunkan sesiapa kan?
.
Orang kata.. " sedangkan nabi ampunkan umat "

Tapi kita bukan nabi... kita level manusia yang tak layak memberi pengampunan.Kita cuma layak mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa para-para manusia yang tak sengaja mencalar balarkan hati kita dalam tak sedar.Cewahhhh ayat cenggini en? hahahah ^^
.
Itulah yang Hana pasrahkan... mengharapkan hati-hati yang pernah Hana sakiti tanpa sedar itu mendoakan supaya dosa Hana diampunkan. T_T.
.
.
.
Dan berbalik kepada topik... Hana merendahkan ego untuk mintak maaf kalau ada yang terasa hati dengan komen-komen tak boleh 'brain' yang Hana tak sengaja dan mungkin jugak sengaja lontarkan dekat kotak komen belog kalian,Kalau ada komen yang Hana tak reply ke... apa-apa sahaja yang berkaitan tentang kesengetan seketul Hana ni ^_^ Sorry ya! Kita kan kawan heheheh :3 so sila lah sedapkan hati Hana dengan komen " saya maafkan awak " kat ruang komen yaaa!!! ^_~ 
.
.
.
Plus Hana harap tak ada yg rasa tersindir dengan entri yang boleh dilabel hashtag sentap ni :( jangan risau tau! kita sama-sama tak sempurna.^_^ Sama-sama pendosa tanpa noktah yang every single day merangkak untuk jadi better :3  Dan tak apa kalau nak takut mati.^^ itu tandanya kita masih ada iman.Just jangan obsess sangat dengan dunia ok?! ^_^ dan sila betulkan budak senget ni kalau ada tersalah hujah ka apa... maklumlah acah-acah motivator ja tu heheh Byeeee!!! :D 



13 comments:

Atie Zieya Atie Zieya said...

betul ni, dosa dgn Allah.. kita tahu Allah Maha Pengampun..
dosa dgn manusia ni :( takot la..
sbb tu org ckp.. diam lebih baik dari berkata-kata kan

Hana Chie Hana Chie said...

@Atie Zieya

It's ok sister!! ^_^ nobody perfect right? Heheh and yups! Better jadi bisu hahah :3

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli said...

Entry yang ohsem Hana.. Membuatkan kita sentiasa berfikir.. Nice..

Auni Sofea Auni Sofea said...

Sebelum start komen nak mintak maaf dulu kat Hana kot2 ada terbuat dosa tak nampak dengan dosa bersih tu..huhu. Btw, goodluck for the result si comey :*

farhanna jafri farhanna jafri said...

betul tu, kadang kita mana nak tahu siapa yang terasa dengan kata2 atau perbuatan kita. Kita rasa macam semua okay je padahal ada yang memendam rasa. So, kena rajin2 la minta maaf dengan orang kan Hana?! :D

Farahain ZFA Farahain ZFA said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

Hans Hans said...

apa2pun minta maaf setiap hari :)

dear anies dear anies said...

kita masih sombong dgn dosa2

mrhanafi mrhanafi said...

minta ampun dengan Allah lebih mudah sebab Allah Maha Pengampun..

minta maaf dengan manusia...

belum tentu manusia boleh maafkan jika ada yang berhati keras dan batu

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

dosa dengan manusia, kena minta ampun dengan manusia. kalau kita dah mintak maaf, dia taknak maafkan, tu urusan dia pulak. meminta maaf lagi mulia kan dik. mcm mana result> okay tak dear? apa2pun bersyukur dengan apa yang diperolehi. jangan putus asa dalam belajar tau! adik kan brutal. hihi

Hans Hans said...

jangan lupa update entry baru

Hans Hans said...

btw...kalau rajin search Hans Comix kalau nak baca komik2 sengal yang merapu tu

Hana Chie Hana Chie said...

Thank you for commenting everybody!!!! <3 ^_^ tak boleh nak reply satu2 sebab kotak komen ni senget sikit... huhuh T^T