Wednesday, 7 March 2018

Motivation Week Day 3 - Favourite Motivation Words






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Holla!

Favourite Motivational Words Hana ialah  : 


 I can And I will! Watch out!

Ayat tu nampak simple ja... ^^ tapi bagi Hana ayat tu sangat ajaib dan luar biasa! Sebab Hana hayati betul-betul makna dia.
.
.

Dalam mengejar impian... ada seorang musuh ketat yang bertindak untuk memastikan sesebuah impian itu terbengkalai dan dibiarkan begitu saja umpama lagu Haqiem Rusli tu.


Musuh ketat yang kejam yakmat tu bukanlah Orang yang selalu lontarkan kata-kata :

" kau tak boleh! "

" you are loser!! "

" Hangat-hangat tahi ayam ja dia ni sebenarnya! "


Bukan jugak orang yang suka selitkan kata-kata sindiran pedas dekat setiap usaha kita.

Tapi sedarlah... musuh utama itu sebenarnya diri kita sendiri.

Kita yang rasa tak yakin.Kita yang tak percaya pada impian kita! Kita yang rasa kita tak boleh!

So jawabnya tergantung sepilah impian-impian yang semanis gula kapas tu~~~~
.

Pada Hana lah kan... kadang-kadang kita punya minda ni tak berapa nak bijak sangat hahaha! ^^ sebab asyik fikir benda-benda negatif ja! Asyik fikir " boleh ka saya jadi manusia yang saya impikan untuk jadi pada hari ini di 10 tahun akan datang?! "  " saya ni... budak biasa ja,tak segenius Adi Putra... so,mana lah boleh dapat straight A "  " Saya ni tak pandai... so lulus cukup-cukup makan pun kira alhamdulillah dah tu! "

Tapi pernah tak korang terfikir dari mana tercetusnya sebuah impian?! ^^ dari hati kan?

* Ya! Dari hati! Jangan nak menafikan bagai! Hahaha serius! Sebenarnya hati kita yang decide apa yang kita inginkan dalam hidup ini! Minda kita cuma tau bisik " Alah kau tak boleh punya!! "

Jahat kan kita punya brain ni?! Ish... ish... ish...

So every time minda Hana bagi tau " kau tak boleh! " Hana akan shout out kuat-kuat " I can And I will!!! "

Dari situ Hana dapat rasa... yang hati Hana sangatlah jujur... sebab dia tau apa yang dia nak! Tapi Mr.Brain tu dengki sangat! Tak nak kasi Hana follow hati Hana hahahah! So dengan ayat " I can And I will! " yang Hana lontar dengan seikhlas hati maka Mr.Brain pun akan sedar! Yang dia sebenarnya boleh!


Kesimpulannya... Just follow your heart as if you know you'll succeed... because sometimes our brain are stupid! :P
.
So apa favourite motivation words korang?!! ^^ share lah... :3




Written By : Teacher Hana merangkap pakar motivasi 10 tahun akan datang. *huahuahua ~ sila aminkan ramai-ramai hehe! ~aamiin  ^^ 


24 comments:

mrhanafi mrhanafi said...

wow..minat motivasi ya..

semoga berjaya mencipta kejayaan dalam bidang motivasi

Hana Chie Hana Chie said...

@mrhanafi

~aamiiin ^^
Thank you sudi doakan!!! ^^

farhanna jafri farhanna jafri said...

yes betul tu! Diri sendiri yang negatif sangat. Dulu masa sekolah selalu nyanyi lagu Fikirkan Boleh. Legend betul lagu tu.

'Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu'

Hana Chie Hana Chie said...

@farhanna jafri

Wahh siap lanjee lirik lagu! Heheh ^^ thank you for support <3 ^^

Auni Sofea Auni Sofea said...

Haish..sama je perangai kita ni. Lahir bulan Julai eh>?

Hana Chie Hana Chie said...

@Auni Sofea

Hana baby January! ^^ Heheh :3

anak denesor anak denesor said...

i set fire to the rain...lalalal smbung lagu meh..kadang kadang fikiran kita ni yang buat kite down..buat kita tak yakin dengan diri kita..padahal kita mampu je..kne kuatkan semangat..

Hana Chie Hana Chie said...

@anak denesor

Sooo trueee!!! ^^ ahaks! :3 jap gi nak pegi layan lagu set fire tu huahuahua ^^ thank you for support!! :D

Nur Azian Jaafar Nur Azian Jaafar said...

Bagi Cikyan, motivatonal word yg pling memberi motivasi adalah :
1. Aku yang hebat dan kuat _ sentiasa cakap kat diri sendiri. semoga dalam apa keadaan pun, kita rasa kita hebat dan kuat. bukan utk berbangga, tapi utk make sure kita sentiasa positif !
2. Survival of the fittest - dalam apa keadaan sekali pun, mesti survive, jangan susahkan orang lain. mesti kuat dalam apa keadaan sekali pun. sebab kalau kita tak menang, kita pasti akan kalah. hanya ada dua pilihan je. MENANG ATAU KALAH? mesti buat yang terbaik untuk semua perkara, just for our future.
3. Just be ourself. Selagi tak memudaratkan orang lain,Selagi ia tak mendatangkan dosa, just do it !
4. Tiada sesiapa yang boleh ubah diri dan nasib diri kita melainkan diri kita sendiri- kalau malas kita akan rugi sebab tak ada sesiapa pon yg blh ubah kita. sentiasa kena cari peluang ubah diri, baiki diri sendiri dan keluarga.
5. mukmin hebat itu, dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru sedekah. ayat ni pling deep.. nak murah rezeki, kena bersedekah selalu. semoga dr yg sedikit itu la, membawa berkat utk hidup kita dunia akhirat !

Good luck for your life hana ! Love u !

Hana Chie Hana Chie said...

@Nur Azian Jaafar

Wahh baru rasa vibe motivation week challenge ni! heheh ^^ cikYan sangat memberi inspirasi kepada Hana~~ :'D Thank you tau!! ^^ good luck untuk cikYan jugak!! ^^ and... love you too three four five six seven eight nine ten! ahaks! :3 <3 <3 <3

Hans Hans said...

setuju
diri sendiri yang selalu nafikan kelebihan diri sendiri
kena lawan diri sendiri dulu
hehe

Hana Chie Hana Chie said...

@Hans

Yes! Yes! Yes! Atasi diri sendiri dulu... baru atasi bendaklah lain! ^^

Nur Azian Jaafar Nur Azian Jaafar said...

@Hana Chie alamkkk..banyaknyaa dia punya love love labiu..hahahahah..

Hana Chie Hana Chie said...

@Nur Azian Jaafar

Sebab cikyan salah seorang inspirasi Hana! ^^ hiks hiks! :3 hahaha ^^

I am LZ I am LZ said...

You can do it Hana!
Trust yourself..

ejulz ejulz said...

Terbaek

dear anies dear anies said...

pernah dgr kn musuh plg nyata adalah diri sendiri?

Miss tins Miss tins said...

Dengar lagu Destiny's Child- I'm A survivor...lepas tu terus termotivasi..ataupon lagu Gloria Gaynor - I Will Survive hihi

Ana Suhana Ana Suhana said...

Simple but effective. Yg penting kita tau apa yang kita mampu buat kan. Always be positive and insyaAllah success will be urs.

Hana Chie Hana Chie said...

THANK YOU FOR BEING NICE TO ME EVERYONE!!!! <3 <3 <3 ^^

Gja Gja said...

Yes you can.

Nurjuwaini Nurjuwaini said...

Waw..ways positive. Keep it up

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli said...

Setuju dengan hana.. otak suka melemahkan tapi hati sentiasa memberi kekuatan.. trust your heart..

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

kalau kita fikir positif, positif la kejadiannya. kalau kita negatif, automatically badan kita pun akan lemah.