Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Saturday, 20 September 2014

Tutoriol Letak Favicon Comel Dalam Blog : Tanpa Edit Html

Assalamua'laikum...
Hello Blog! , Hye Dear Reader! *Keep smile is Sunnah!
Hari ni Admin Hana wanna share a useful tutorial for you! " What it? "
Read the post title...
Mula2 Blogging admin nda' banyak edit post,tulis entri... tapi admin lebih banyak membuang masa dengan hias blog simple admin ni."Admin ni jenis orng yg sukakan kekiuttan jadi semua benda yg admin buat mesti kena kiuut, stationary kena comel & looks so pinky!.Colour hoxing fon kena pink & ada letak keychen comey2 di tepi penggantung tu...botol air kena pink,beg sekolah punn kena pink,buku latihan pun colour pink.. Looks imature right ? But it is a real me! you can not change me...

Admin buat tuto ni pun sebb admin faham perasaan blogger yg tak pandai edit Html macam admin :'(  apa2 pun admin tetap nda' puas hati & tetap cari cara untuk dapatkan favicon comel .And finaly I got the step!

Ok'stop talking to myself! *Peace...! - Let's Start -

Admin tau... mesti korang semua dah tau tuto ni kan? kan? tapi admin post jugak sebb... admin rasa ada lagi blogger yg nda' tau -SabahanLanguageHere!-
Hope ada lah kan...

--- Jom mulakan Ikuti step ni k' ---

-> Ok firstly, Blogger kenalah sign in Blog dulu...baru boleh start tuto ni *The most important step!
-> Pergi Dashboard blog 
-> Click layout
-> Click edit ( di ruangan favicon )
-> click choose file - tapi sebelum tu  kenalah download image favicon comel dulu 
Just clik kat Sini k' lepas tu kalau sdah dapat.. click save!

*Kan bertambah-tambah comey blog korang! *Easy right? smile. smile. smile. Give me a big smile!
Harap menjadilah ya..! 


- Assalamua'laikum >_< -



Thursday, 21 August 2014

Niat Puasa Enam

Assalamua'laikum Blogger! Harap para pembaca semua sihat Dan sentiasa dilindungi Allah *Aamin!
Hari ni Admin Hannah ingin kongsikan "Niat puasa Enam" Memandangkan kita masih dalm bulan syawal So,apa kata masa yg ada ni kita beribadah (puasa Enam) Lagipun puasa ni cuma boleh dilakukan setahun sekali iaitu pada bulan syawal.Kita pun belum sure lagi dapat jumpa Bulan Ramdhan & Bulan Syawal pada tahun depan . Sementara masih hidup ni,kita penuhkan lah amal ibadah kita yg nda berapa mau penuh tu ^_^
Bagi kaum Hawa,niatkanlah sekali dengan puasa ganti.Kan dapat lakukan 2 ibadah dalam satu masa >_< 
Hari ni Admin " X " Pergi Sch,Sbb ada sukan.Admin nda suka bersukan.Lagipun Admin langsung tidak terlibat dalam apa2 acara.Tambahan pula My mother said "Than not do anything! better you study at home"   *Double Peace ! 

Keterangan :
Di bulan Syawal ini kita disunatkan untuk berpuasa sunat Syawal atau lebih dikenali di kalangan kita sebagai puasa enam iaitu puasa 6 hari di bulan Syawal, ianya boleh dilakukan secara berterusan (lebih afdhal) atau secara berpisah.Cara puasa sama ja' macam puasa pada bulan Ramadhan cuma niat ja' yg berbeza.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
<-- Atau -->
Nawaitu Shauma Ghadin 'An Sittatin Min Syawwaalin Lillaahi Ta'ala.
Maksudnya : Daku berniat puasa hari esok dari enam hari bulan syawal,sunat kerana Allah ta'ala

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



--> Bagi kaum Hawa yg mau niatkan untuk puasa ganti sekali tu ni, niat dia :
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-     Lafaz Niat puasa Ganti :


 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ok'lah itu ja' yg Admin mau Share hari ni,*Kepada sesiapa yg tergerak hati mau puasa sunat tu "Selamat Berpuasa!" -> Assalamua'laikum,Bye!


P/S : Sebarang keterangan yg tidak difahami sila tanya Mr.Google atau boleh rujuk kepada ustazah anda!


Wednesday, 20 August 2014

Khasiat Membaca Ayat Kursi

Assalamua'laikum,Blogger & Pembaca Blog.Hari ni Admin mau share tentang kebaikan & khasiat membaca ayat kursi. Sebenarnya Entre ni Admin copy 100% daripda Blog orng !  >_< .Tapi yg penting kita kenalah sampai menyampaikan kebaikan. Ok'Let's Started !

-> Kelebihan Membaca Ayat Kursi :



Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”




1-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”




--> Guard your nakedness completely with it you will be protected from sin *Hohoho Broken English

Khasiat membaca ayat kursi



Ok'lah itu ja' Entre Admin hari ni... In syaallah kalau ada masa nanti Admin post pasal Syarat Menutup Aurat Dengan Sempurna . ^_^ Bye ! 


Saturday, 16 August 2014

Solat Sunat Rawatib

Assalamua'laikum...Semua!,Hai Blogger ^_^
Hope para pembaca semua sihat & sentiasa d'lindungi oleh Allah - Aaamiin... :)
Hari ni Admin ingin kongsikan kpda Blogger & para pembaca semua tentang Solat Sunat Rawatib.Walaupun mungkin ramai yg dah berpengetahuan tentang solat ni tambahan pula kalau search kat google,memang ada banyak Entri & keterangan pasal solat ni.Tapi Admin tulis juga ni bukan sebb sekadar untuk menambah Entri,tapi untuk d'jadikan amalan pada Admin *amalan setelah mati .So nanti kalau Admin sdah *K.O (meninggal) then ada someone baca Entre Admin ni pasal solat sunat Rawatib ni dn dia amalkan,Admin pun akn turut dapat pahala.* innsyaallah Lagi pun kan makin berseri seri Blog Admin sbb Admin post perkara2 baik yg boleh dijadikan sbagai amalan.Tambahan pula *formal habis! >_<   kan menyampaikan sesuatu kebaikan tu suatu jihad.Nabi pun pernah kata (Sampaikanlah walaupun sepotong ayatku). Let's started! ...

---> Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu <---

--->Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. <---



Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

- Solat sunat Rawatib yang mu’akkad -


  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
===>Kalau Blogger & para pembaca semua ada kelapangan lakukanlah solat solat sunat 12 Rakaa't Solat Rawatib yg lengkap.Kalau sibuk 10 rakaat pun  dah cukup. <===




                       
- Cara mengerjakan Solat sunat Rawatib  -                                                                                                                        

Niat :                                                                                                                                                                                      

      Semua perkara yg kita buat mesti disertakan dengn niat kan? (Tidak kiralah perkara baik atau perkara          jahat,mesti ada niat) Inikan pula solat kan2?   *Yg ni Admin malas mau tulis, so sila besarkan mata !                                                

                                                                                                          
                                                                                                                           
                                                                                                                                                             


(Kalau rajah tu nda jelas sila search niat solat sunat Rawatib kat google)                                                        
Surah yg disarankan oleh para ulama :                                                                                                           Surah Al-kafirun - Rakaa't Pertama
Surah Al-Ikhlas - Rakaa't K'dua        
              

Peringatan:


  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

P/s : Keterangan yg ada pada Entre ni Admin banyak merujuk kpda Mr.Google.Jadi untuk keterangan yg lebih lanjut sila tanya ustazah anda! ^_^ *Peace!








Friday, 18 July 2014

Lirik Zikir Asmaul Husnah


Assalamua'laikum...! Hello Blog,
Hari ni, Admin Hannah ingin kongsikan kpda blogger zikir asmaul husnah.Admin suka dengn nasyid asmaul husnah.Senang d'sebut & senang d'hafal.Tenang sikit jiwa,bila diamalkan.Entri ni Admin tulis khas untuk bulan Ramadhan ni.Harap bermanfaat & diamalakan. 

- Straight To The Point -
*Lirik ni Admin main rembat ja' dari facebook ^_^




~ Asmaul Husna Lirik 

Nas-aluka [ perlahan ]
Yaa Man Huwallahulladzii Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rohim
Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar
Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim
Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl
Allathiiful Khobiir
Alhaliimul ‘Adhim
Alghofurus Syakuur
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit
Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid
Alhaqqulwakiil
Alqowiyul Matiin
Alwaliyul Hamiid
Almuhshil Mubdiul Mu’iid
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum
Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Qal Ikroom
Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii
Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir
Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi MAkhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa
Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.





Ok'tu ja' yg Admin mau share hari ni.Zikir asmaul husnah tu Blogger boleh search kat You Tube.Cari zikir yg sma dgn lirik d'atas ya ! - Selamat Berzikir -

-> Salam Ramadhan Al-Mubarak

Cara Solat Istikharah


Assalamua'laikum..Blogger! Dalam Entre ni Admin ingin Kongsikn cara Solat Istikharah.Sebenarnya solat ni mudah ja' untuk didirikn yg pling penting niat kita ikhlas k'rana Allah taa'lla.
Ok,Let's started! *Peace! .

Sebelum Tu,Admin mau bagi tau yg solat ni didirikn untuk menyelesaikn jalan buntu atau untuk membuat pilihan / k'putusan dlm hidup. Subahannallah Indahnya islam, Semuaa bnda dpt d'permudahkn jika kita b'niat ikhlas dngn Allah.Terdapat beberapa Hadis Raulullah S.A.W yg menggalakkn Solat istikharah.Antaranya


Rasulullah SAW bersabda: 


“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”


"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."



la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:

a.   2 rakaat, 1 salam

b.   12 rakaat, 6 salam

Cara Melaksanaknnya

1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram denganLafaz dan Niat:

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."


3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalahtasbih berikut sebanyak 40 kali:

Ertinya: "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."


5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:



Peringatan : Ulangi solat ini  sebanyak 7 hari b'turut turut, jika masih terdpt keraguan.
Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Admin Harap dngn adanya pnduan solat ni,Blogger dpt melaksanaknn solat ni dngn sempurna.In syaallah :).Ok'selamat beribadah !