Saturday, 10 September 2016

Puasa Sunat Arafah

               
                                  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan salam sejahtera *cewah macam pembaca berita pulak! Hohoho Btw,memandangkan hari isnin ini kita akan menyambut hari Raya Aidil Adha so malam ini Hana nak share pasal puasa sunat Arafah.Hopefully korang tak ada alergik bosan lah ya.haha Ok then! straight to the point... 

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah ( sehari sebelum hari raya haji) yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. So kita sebagai umat islam yang masih diberi kesempatan bernyawa pada tahun ni boleh lah memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.                                                                            


Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah  ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.-Hadith Riwayat Imam Muslim

Allahu apa lagi yang kita nak? kira berbaloi gila dah tu :') Setahun sekali weh? mana nak dapat? 


Ok lah kepada sesiapa yang ada niat nak berpuasa pada esok hari bersamaan 11 sepetember 2016,ni niat puasa sunat arafah yang Hana rembat dari google imej     *Sila klik kalau rabun   tak jelas








Hmm rasanya itu sahaja kot yang Hana dapat kongsikan pada sesi tazkirah kali ini.Nak kongsi lebih-lebih pun... Hana bukannya Ustaz Azhar Idrus.So kepada sahabat-sahabat blogger Hana yang beragama Islam tu jangan lupa manfaatkan hari esok *insyaallah... ^^ 


-Thanks for visiting! ^_^