Wednesday, 31 January 2018

Segmen Jari Jemari Menari Bloglist

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!

Jom pakat support segment pertama blogger Ika ^^ syaratnya sanang ja...  


Klik banner untuk join :)




Komen Hana tentang blog sis Ika

Blog sis cantik dan sedap mata memandang.Hiasan simple dan tak sarat dengan unnecessary  things ^^  Hana suka cara sis Ika menulis... :) Tak pernah lagi tersedak baca blog akak heheh ^^ means semuanya ok! Dan benda yang nak di'improve mungkin kena letak scroll bar dekat blog archive sebab nampak panjang berderet.Sebenarnya tak perlu pun tak apa heehe sebab masing-masing ada cara tersendiri.Tapi itu ja suggestion yang Hana mampu bagi since akak minta komen  untuk penambahbaikan blog.Everything just fine! Hana suka blog sis Ika *pssts! sorry tau kalau menyampah Hana memandai ber'akak-akak dengan awak hahaha* Maklumlah dah insaf tak nak jadi gangster dah! ok... ^^ akhir kata semoga segment ni berjaya dan berjalan dengan lancar!!! ^^ Good luck for everything and thank you sangat-sangat sudi join Hana punya segment kelmarin... ^^ 





Tuesday, 30 January 2018

Segment Sila Tinggal Jejak By Hana

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!



Assalamualaikum.:) Pada entri kali ini Hana nak buat segment versi suka-suki! Dan segment ni mudah ja dan Inshaallah tak menyusahkan awak-awak semua *tiada jaminan sekiranya anda memang anti dengan bendalah yang tak mendatangkan pekdahnya!* so kepada yang tak berminat sila tinggalkan entri ini secepat mungkin! hahah ^^ *bukan apa takut-takut ter'over dost menyampah dengan sikap tah apa-apa seorang Hana ni nanti tak pepasal kena unfollow hahahaa! boleh jatuh saham tu... Ok sekian sesi mukadimah.







Syarat-syarat penyertaan



  • Sila tinggalkan komen anda pada entri ini (taip ja lah apa-apa kata motivasi yang menyedapkan hati Hana.Tak perlu panjang sangat dan harapnya tak kontot sangat... sedang-sedang ja.) hahaha nak jugak dapat pembakar semangat sempena nak menyeru mood bloging yang tenggelam entah di laut pasifik mana.Plus,hari ini adalah hari lahir Hana so... (krik..krik..krik..) ^^ heheh nak wish boleh? 
  • Sertakan url blog anda bagi memudahkan Hana terjah balik 
  • Dah settle? anda boleh berambus dengan tenang hahaha ^^ *soorry tiba-tiba meng'gangster pulak! hahaha

Ganjaran


  • Semua yang komen pada entri ini akan diterjah semula blognya oleh Hana nanti.Hana akan komen kat mana entri peserta yang join tu sebanyak tiga kali.Dan kalau berkenan dengan  blognya Inshaallah Hana masukkan dalam blog list ^^
  • Beberapa peserta dengan komen yang berjaya buat Hana tersengih sepanjang hari akan direview blognya oleh Hana dalam satu entri istimewa.



Keterangan lanjut 

Segment ni Hana buat suka suki ja! dan anda-anda semua tidak perlu buat entri khas untuk memaklumkan warga blog tentang segment mengarut Hana ni.Plus segment ni hanya berlangsung pada entri ini sahaja jadi kalau sesiapa komen pada hari-hari lain yang bukan pada tarikh entri ini dipost means kena ikut mood Hana lah.Kalau kena time maka on the spot lah blog anda diterjah semula :)



p/s: Barang siapa yang komen di entri ini maka secara official dia telah menjoinkan diri.Tapi jika anda tidak mahu terbabit sama sila mention awal-awal nanti tak memasal Hana sergah blog korang tanpa kerelaan korang *ehh?? ada ke macam tu? hahaha Dan harapnya anda-anda yang berkunjung ke sini baca notis ni takut-takut nanti bila dah komen then Hana terjah balik,Hana pulak kena label stalker gara-gara spam blog orang... huhuhu T_T macam-macam betul andaian Hana.Maklumlah masih trauma buat segment tak jadi hari tu.So kena lah berhati-hati tahap gaban kan? kan? ^^ Harapnya korang tak terasa hati dengan ke'gangster'an semula jadi Hana tadi Ya ^^ Sekian- Selamat Bersegment!! ^^ Thanks sudi join ya :) Hana anggap satu rezeki kalau ada yg sudi drop komen ^^ 


-Hana cuma nak buat something rare pada hari istimewa ni :) sorry kalau rasa menyampah! Huhuhu T_T


                        Segment Tamat *January Dah Habis!  T^T






Monday, 29 January 2018

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...


Sunday, 28 January 2018

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!







Jom pakat support segment ni! Simple ja syaratnya.Rugi tak join! ^^ Nanti boleh bw sesama peserta :) So sila klik banner terlebih flawless tu lelaju!








Friday, 26 January 2018

Diary Of The Week!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Pada entri kali ini Hana nak buat sesi luahan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini *even belum cukup 7 hari means belum layak digelar seminggu... hahah tapi Hana peduli apa! dah title 'Diary Of The Week' tu sedap di dengar! ^^ so bedal aje lah..

First,hari Ahad lepas iaitu pada tarikh 21 January 2018  pukul 1 pagi Mrs.Mom telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Aliya Zulaikha.Wahh! Official dah nama adik Hana.. Walaupun  nama yang Hana suggest tu kena reject! T^T but it's ok! Janji Hana happy sangat-sangat sebab hari-hari dapat dukung baby.Sikit-sikit nak kiss.sikit-sikit nak dukung! Hadoi! Apa lah kakak Hana ni! Nasib baik Liya behave... hahahah =3




Sorry Liya! Lighting tak membantu! Hahah kulit Liya actually merah.Tapi entahlah kenapa nampak gelap.. Sis awak ni pula tak reti edit gambar so ini lah jadinya hahha....



Secondly,adik yang baru keluar ward hari isnin kena tahan masuk ward balik hari selasa sebab sakit kuning dia tinggi.Semalaman lah Liya kena jemur bawah lampu... sian dia T^T then esoknya baru adik dapat keluar.

Kelmarin adik Hana kena check up lagi kat hospital,mama kata kuning adik naik lagi,so esok gi check up lagi! T__T Boleh dikatakan hari-hari Hana teman mama dan adik gi sepital... haha bosan pulak tu kena tunggu berejam-rejam... Sebaiklah Hana bawak buku... kurang sikit boring.Lagipun Hana ni jenis kalau outing memang tak on data... acah-acah budak tak anti sosial sangat! Hahah

Btw ini buku yang Hana pinjam kat library untuk minggu ini ;) *yang purple tu Hana dah khatam waktu menunggu kat hospital ^^






Boleh dikatakan minggu ni minggu paling sibuk dari minggu-minggu sebelum ini... penat jugak lah layan karenah si Liya tu... hahaha~ maklumlah sebelum ni environment kat rumah bising dengan sikap setengah tiang Hana ja,tapi sekarang baby Liya punya bunyik nangis pulak yang ganti... heheh sesuai sangatlah geng dengan Hana bila dah besar nanti! ^^

Sekian,

Hana.





 ----------------------------------------------------------------



Tuesday, 23 January 2018

Segmen Blogwalking by Miss Kepeng


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !







Hana dah join.Anda bila lagi? *fulamak! ayat standard hahaha ^^ Syaratnya simple2 ja.:) Mudah nak detik hati anda-anada semua untuk join sekaki dengan Hana.heheh 




Ok... dengan sukacitanya  Hana men'tag 3 orang rakan blogger Hana yang ada dalam blog list sepanjang zaman Hana tu *Inshaallah sepanjang zaman* bunyik macam hidup selamanya hahahaha




Maaf kerana menjerat anda sekali! Hahahah harap-harapnya sudilah untuk turut sama menjoinkan diri ^^ Inshaallah lepas join segment ni dapat tambah follower dan views blog...


Thanks sudi sedekah bilangan visitor dekat page Hana ni :) Innshaallah Hana bw back later ^^ kepada yang join tu Selamat Bersegment!!! 







SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !









Jom klik banner di atas laju-laju.Lagi ramai join lagi meriahlah sesi menerjah blog orang! Kan? So jangan segan silu menjoinkan diri  ^^ Barulah bertali arus followers baru terjah blog korang... *hadoi... sorrylah Hana semenjak dah habis sekolah ni dah tak tau cara nak karang ayat elok-elok.hahaha.Apa-apa pun Selamat Bersegment!!! :)



Thanks a lot for visiting my blog :) as usual,Hana will visit back Inshaallah ^^

Monday, 22 January 2018

Welcome To The World,little princess!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !


Alhamdulillah,pada tanggal 21 Januari 2018 lahirlah seorang puteri dengan berat 3.2 kg... Hana happy gila-gila tau! rasa nak histeria pun ada! biasalah Hana bila over excited terus jadi bimbo *Hahaha.Btw Nama belum official lagi... Amiratul Hana? Hmmm rasanya tak kot... (dah kena rejek awal-awal)






So cuti SPM Hana dah tak meroyan lagi lepas ni... a.k.a kurang sikit lah perangai setengah tiang tu sebab dah rasa macam ada tanggungjawab *cewah! macam Hana pulak yang beranak hahaha!!

Hana promise,Hana akan jadi seorang kakak yang protective,Loving,bertolak ansur... dan yang paling penting pembimbing yang baik.Inshaallah... Nanti-nanti lah Hana share gambar adik Hana.Buat masa sekarang ni Hana nak live in the moment ja... ^^ *pssstt!! adik Hanaa tu boleh tahan jauh beza dari Haana.Rasa-rasa perangai pun jauh beza jugak kot... harap-haraplah jauh beza haha sebab cukuplah Hana seorang ja yang setengah tiang kat rumah ni hahaha. Btw tak sabarnya nak ajar adek cara-cara dress up ala-ala budak pinky hahah gituw!



Thanks sudi singgah! Sila tinggalkan jejak anda di bawah ya ^^ Kalau tak sudi pun tak apa... *cewah bodeklah tu! :P 




Wednesday, 17 January 2018

Childhood Things


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






Masa kita kecik mesti ada benda fun yang kita buat tapi malangnya bila dah tua ni dah tak boleh nak buat dah.Kan? Kan?





Hana's Childhood Things



  • Sikut belakang a.k.a dokong


Bila dah tua ni memang jangan haraplah nak kena dokong lagi.*ingat cita korea kah? Sobsobsob T_T so bila umur dah on the way to 18 ni Hana tiba-tiba sebak bila mengenangkan childhood.Dulu Hana selalu kena dokong (Sebab ringan) Since umur 12 tahun pun ada ja bahu yang sudi nak menyikut Hana yang dah tua bangka ni.Now on,dalam mimpi pun belum tentu ada orang sudi nak main sikut-sikut dengan Hana.Hohoho sila lah muhasabah diri tu dah tua.:P


  • Games


Antara games yang Hana selalu main waktu kecik ialah game kejar-kejar,sorok-sorok, and london bridge.Eh.. * main kahwin-kahwin jangn lupa list.kahkahakah pengantin perempuannya haruslah Hana.*low class lah jadi pengapit.Hohohoh >_< So korang rasa bila dah tua ni,wajar lagi ke nak main semua tu? (Kalau nak kena label terenjat try ah) hahahahaha Tapi memang tak adil lah,salah ke kita nak release stress dengan cara tu.Tapi tu lah mentality manusia kita tak boleh ubah.


  • Mandi ramai-ramai


Hahahahaha ini kalau dikenang memang boleh bikin stress.*stress mengenangkan kesengetan diri.Hahahahah Hana bukan sekali dua mandi ramai-ramai dengan cousin2 Hana,banyak kali~ tak terhitung dek jari.So ada tak rasa nak try buat lagi? *Astagfirullahalazim...


  • Imaginasi


Ok.Hana dengan imaginasi memang berpisah tiada.Sekarang pun Hana still berkebolehan tu.Tapi tak se'ekstrem watu childhood dulu lah.Dulu Hana siap boleh bercakap dengan penyapu lagi.*kahkahkah





Kalau korang ada nak share pasal childhood korang yang of course lebih awesome dari Hana sila jangn segan silu menyampuk kat ruang komen.^^ and.. Let me know if you want to be in my bloglist~ ^^ Ok bye! Hana OTW nak pergi library ni... 




Sunday, 14 January 2018

" HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COMyang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya,WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan.  


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
         

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Copy paste semua code di bawah ini dan masukkan ke dalam entry tersebut.

7. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG bersertaEMAIL ke ruangan komen di bawah.

8. Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018



Friday, 12 January 2018

Piano Lesson


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !

Memandangkan Hana tengah cuti SPM,so macam-macam ragam lah yang Hana buat kat rumah.Kejap meroyan nak belajar masak,kejap nak layan drama,kejap nak jadi ulat buku.... ha yang terbaru ni Hana tiba-tiba terfikir nak belajar piano.

Mr.Father seorang guru sains merangkap guru muzik secara sampingan.So kat rumah Hana ni macam-macam alat muzik ada.Guitar,keyboard,flute... so Hana terfikir lah,why not try something new? *ewah ayat acah-acah bimbo gittchu! hahaha gurau ja! 

Hana kalau dah semangat nak buat something sekarang jugak Hana akan buat.Tapi once dah give up,susah betul nak go on.Hadoi...  nak dipendekkan cerita Hana sekarang ni bukan main bersemangat lagi belajar piano kat youtube.Stress jugak lah as a beginner... tapi rasa puas bila dapat ikut irama lagu dengan betul dan merdu.

Peter Plutax adalah favourite youtube channel yang Hana selalu refer untuk belajar piano.Hana pernah belajar lagu a thousand years by Christina Perri waktu form 3 dulu *after pt3* then tiba-tiba belajar balik ni dah tak ingat semua kod lagu tu~ hmm hmm hmm T_T 






Nampak quite easy right? tapi as a beginner macam Hana memang rasa struggle jugak lah nak follow left,right handed bagai.... huhuhuh T_T 



Thanks a lot sudi visit as usual.^^ Komen Pinkish bunny kalau nak masuk dalam bloglist Hana <3 heheheh ^^ salam jumaat!!!! :) dah alkahfi ke tu? 



Wednesday, 10 January 2018

giveaway #1 new year 2018 by cikyan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H o l l a !

Hana baru terbuka hati nak join segment.Entahlah kenapa tiba-tiba semangat nak jadi blogger aktif heheheh.Alhamdulillah syaratnya simple mimple aja.

Review blog cikYan


Tak tahulah iyanya satu kebetulan atau tak,tapi Cik Yan dengan Hana macam ada 'kemistri' pulak.Cik Yan suka membaca dan berimpian nak hasilkan karya sendiri.Minat menulis pada mulanya suka-suka tapi lama-lama tersemai sampai rasa nak siapkan manuskrip full.Kan cik Yan? hihih lepas tu tersama tanpa sengaja pulak yang cik Yan pun berangan-angan nak buat mini library.Walah! memang ada kimia betul lah! hahah >_< Ok done bab ambil hati *ehh?!!.hehehe.Bagi Hana blog cik Yan dah ok sangat.Tak terlalu serabut dengan unnecessary things *macam biasa ayat Hana guna kalau nak review blog orang* hahaha tapi memang betul lah kan,blog cik Yan tu dah ok,sebab cik yan suka konsep macam tu.So as long as cik Yan comfortable orang lain pun akan rasa comfortable jugak.Tapi kalau nak buat penambahbaikan,Hana cadangkan supaya cik Yan letak scroll bar untuk tempat komen dan blog achive *supaya tak nampak terlalu panjang.Kalau dekat tempat pengomen tegar tu rasanya tak payah kot nanti tak nampak pulak muka Hana kat situ memandangkan kedudukan Hana yang agak ke bawah tu *hohoho gurau ja.^^ apa-apa pun good luck for your commitment.Jangan mudah give up.Lagi-lagi bab manuskrip tu.Bagi Hana ia satu impian yang akan jadi kenyataan kalau cik Yan teruskan.Biar lambat asalkan selamat.Buat sikit-sikit,lama-la berkembanglah idea nak go on.^_^ Insyaallah~

Azam tahun baru

Hana dah buat entri khas pasal ni,tapi Hana rewrite balik lah,untuk peringatan diri sekali gus.*yalah baru berapa hari new year dah tak sedar diri* hohoho .


  • Nak jadi Miss On Time

Sebab Hana lately malas na mampos! asyik jadi sleeping beauty ja.Kerjanya asyik makan tidur makan tidur!.Ish! tak adventure langsung kan?! hm.. hm.. hm.. So betapa diri ini sedang struggle nak jadi Miss On time! *Supaya Mr.Laziness tu buat keputusan untuk break up.*

  • Nak jadi ulat buku

Since tak tau nak buat apa kat rumah.So Hana decide nak acah-acah budak baik.hahahah biarlah nampak senget,janji tak nampak macam orang tak ada kehidupan.

  • Nak  tambah follower blog banyak-banyak

Sebab Hana ada penyakit ' suka tengok nombor banyak-banyak ' Makin meningkat followers makin senget agaknya budak Hana ni.hohoho so elak-elakkan lah diri dari menjadi follower blog ni,unless nak tengok penyakit tu makin kronik.hohohoh.Taklah,kalau awak follow rasanya makin bahagia ada lah... heheheh ^^


Ok done bab azam.Untuk huraian panjang berjela sila klik SINI








Jom klik banner di atas kalau nak join sekaki dengan Hana.^^ Baik cepat sebelum CikYan tamatkan segment :)


Tuesday, 9 January 2018

Percubaan Menjadi Ulat Buku


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Sejak dua tiga menjak ni Hana kerap singgah library untuk pinjam buku.Maklumlah tengah mereput kat rumah.Eloklah timba ilmu kan? Plus,Hana sedang cuba untuk buat koleksi bacaan sikit-sikit.Kononnya nak buat mini library kat bilik sendiri.


Hana ni tak ada lah minat sangat membaca cuma tak adalah sampai tahap jijik tengok buku.*amboi hiperbola kau!* Hahahah Just nak bagi tau kalau tak suka membaca memang tak bertahanlah jadi blogger  kan?.Plus Hana lebih prefer buku daripada drama tv.Entah lah kenapa... Susah betul nak into drama.Lagi-lagi kalau pasal cintan cintun.Grr... susah nak hadam.hahaha peliknya ada hati pulak nak jadi author love story.Btw,Hana prefer citer misteri tapi tak seram sangat plus ada selit-selit love story... 


Errk... dah terpesong jauh ni... Ok balik pada tajuk.Hana pinjam 4 buah buku kat library hari tu.Pastu bila dah tarikh kena pulang balik,ha gatal pulak nak pinjam lagi... hem... so jawabnya berulang aliklah kita ke library... Driver setianya haruslah Mrs.Mom... Bila dah ada adik nanti mesti terasa diabaikan... hemm... *_*



So this is the book that I borrowed. *awesome tak? #Buku pinjam ja










Yang ni pula buku yang Hana already own.Kumpul siket-sikit jek ^^  










Thanks for visiting! I'm glad that you came :) btw Hana lately memang susah sangat nak bukak blog.Bukan takat itu ja,nak bukak lappy pun jemari ni berat semacam.Hari-hari asyik menghadap phone ja.Dah kronik sangat dah penyakit malas ni.Anyway good luck on your commitment ^^





Thursday, 4 January 2018

Fresh start ~

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


H o l l a !

Yeah it's 2018! Alhamdulillah~ I am not officially 18. Wuuuu... dah lapan belas dah  dak cengeng ni.hehe Cakap pasal cengeng untuk tahun 2018 ni Hana belum keluarkan setitis air mata langsung! Nampaknya determination untuk tahun ini Hana buat dengan bersungguh-sungguhnya! Hohohoh... Anyway this is actually the second entry of my blog for 2018.But the first one already deleted.T_T entah lah kenapa.If you read my previous entry " Things I hate as a blogger " then you know why.... hohohoh In sha Allah yang ni tak masuk tong sampah...







Btw... Hana dah beberapa hari tak post any new entry.*cewah macamlah ada orang kesah!* hhohoh So kenapa ya?



  • Internet rumah kena potong?
  • Ke Mr.Father ubah password wifi since budak tak berapa nak on time ni selalu bangun lewat?
  • Atau Hana dah give up nak berblog?



Hohoho actually none of above~

Hana tak jumpa mood blogging.Hilang entah ke mana.Tertinggal last year kot... huhuhuh btw We always have a fresh start if we want.Soo... here I am.

Plus,Hana sedang struggle untuk siapkan manuskrip Hana.Nak kena hantar sebelum bulan 3 ni.Haih! Idea dah on point,Imaginasi dah cenggini *ibu jari* Tapi tu lah... nak mengolah dia makan masa jugak.Kengkadang mood swing! Hilang terus semangat nak menulis.... hmm hmm hmm.Apa-apa pun Hana tak paksa diri... I continue whenever I want.Sebab makin kita struggle makin kita stress.Ha! Bila stress maka hilanglah semangat nak go on! So... better slow and steady ja kan?



Thanks for clicking in here <3 Saaayang awak! Nak satu komen,boleh? *mata kelip-kelip a.k.a muka mintak penyepak* heeee kengkadang Hana ni boleh tahan gediks jugak! so sila lah unfollow kalau rasa blogger sebegini sewajarnya pupus! Hohohoh btw Happy afternoon everybody <3 Tak pernah-pernah Hana post entry berceloteh di tengah hari buta.So... telan air liur tak tengok image pakcik google tu? =3