Wednesday, 28 February 2018

Star Friend

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!





Hana sebenarnya dah lama teringin nak ada kawan yang minat mengkaji tentang alam especially bintang.

Kalau ada kan best...

Boleh sama-sama kumpul duit beli telescope... malam-malam boleh teman each other mencerap langit... tengok buruj,cari polaris,cari Sirius,cari alnilam... Hahaha! Alangkah bahagianya...

Mungkin kitaorang boleh bina tempat rahsia khas untuk cerap langit.Macam rumah pokok ke? ^^ atau... panjat bumbung sama-sama hehe >_<

*psstt! Sepanjang pengalaman solo-yolo mencerap langit,Hana dah banyak kali kena bebel sebab suka panjat tempat-tempat tinggi haha! Bumbung rumah dah berapa kali Hana panjat,almari bilik pun ada jugak hahaha pokok pun pernah waktu kecik dulu-dulu hahah ^^*


Malangnya I don't have that kinda friend...

T^T susah nak cari kawan yang betul-betul  'kamching' dengan kita kan? 
.
.
.

^^

So Hana saja nak tau... korang minat tak dengan bintang? *saja lah nak tanya... kot-kot boleh teman Hana panjat bumbung malam ni hehe! ^^



Thank you sudi singgah... mungkin lepas ni Hana dah tak aktif berblog dan tengah berkira-kira nak delete blog ni sebab banyak sangat mengarutnya hahah ilmiahnya kurang.T^T And March is around the corner... so cuti SPM dah nak habis... ^^ doakan result SPM Hana mencapai target ya! :3  *supaya Hana tak kena rebus dengan Mr.Father hahaha ^^ thank you <3



Thursday, 22 February 2018

Polaris

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Polaris ya bukan pelaris! Hahahaha

Ok... before Hana start nonsense'ing saja nak tanya korang pernah tak baca buku Bintang Hati Saya by Riley Fizan?
Kalau pernah mungkin korang akan lebih faham tentang topik entri Hana ni.








Polaris


Ia merupakan satu-satunya bintang yang reti duduk diam a.k.a tetap pada paksinya while bintang-bintang lain bergerak melawan arah jam.Bintang ini sangatlah unik dan tersenarai antara bintang paling terkenal di alam semesta.Kedudukan Polaris yang tetap di langit utara sering dijadikan penunjuk arah untuk orang-orang yang sesat.


Sirius


Ia pula bintang yang paaaalingg terang  di alam semesta! Bintang ni tersangatlah powerful cahayanya.Pendek kata kita tak perlukan bantuan taleskop untuk melihatnya.Sirius terbahagi kepada 2 iaitu sirius A dan Sirius B.Sirius A ni dua kali lebih besar daripada matahari manakala sirius B pula lebih kecil berbanding bumi tapi paling dekat dengan bumi.


Siapa yang tak teringin nak jadi Sirius bila ia mampu bersinar paling terang diantara bintang-bintang kecil yang lain... Ia diibaratkan seperti  korang adalah yang paaling dilihat tak kira kat pelosok mana pun korang berdiri...

Tapi Hana tak nak jadi Sirius... sebab Hana bukan public figure hahah cewah gitu! heheh ^^ btw Hana nak jadi Polaris! 

Sebab apa?

Sebab Polaris adalah bintang inspirasi Hana dalam merialisasikan impian.

Sifat Polaris yang tetap pada paksinya mengajar Hana untuk bersikap tetap pada pendirian.Jangan mudah berubah mengikut arus masa.Lebih-lebih lagi sekarang ni macam-macam ragam manusia yang tak boleh ditanggapi dengan mata kasar.Ada yang boleh beri pengaruh buruk dan ada yang tarik kita secara slow motion untuk join sekali dalam dunia mereka yang mengerikan.Dan sebab tu Hana nak jadi macam Polaris.Tetap pada pendirian.Tujuan hidup Hana bukan nak puaskan hati semua orang tapi untuk berbakti di bumi Allah supaya kat akhirat nanti Hana boleh senang lenang kat syurga! *amboi! bunyik macam nak masuk syurga tu semudah beli teket 1 ringgit hahah!* So... Hana pegang pada paksi hidup Hana tu... tak akan berubah sampai bila-bila... sama macam Polaris yang tetap pada paksinya.


" Ramai orang mahu menjadi yang terhebat,terunggul seperti Sirius yang paling terang itu.Namun,ramai juga orang tidak mampu menjadi sedemikian.Menjadi Polaris pun sudah dikira cukup,menjadi yang dicari orang dalam kesusahan.Kalau tak dapat menjadi Sirius,jadilah Polaris " - Hakimi Adam Song.


Dan itu juga adalah faktor kenapa Hana nak jadi Polaris ^^

Polaris yang menjadi penunjuk arah orang-orang yang sesat menginspirasikan seketul Hana untuk jadi pembimbing orang-orang sekeliling Hana.... well,Hana bukanlah manusia yang sering dijadikan tempat rujukan.Tapi itulah impian Hana suatu hari nanti.Menjadi pendidik anak-anak bangsa! ^^



Kalau tak dapat menjadi Sirius...
Kau perlu mampu menjadi Polaris - Riley Fizan


So... korang yg mana? Polaris ke Sirius? 
Btw Polaris Hana dah cop siap-siap ^^ hohoho!


Sunday, 18 February 2018

Kebaikan Juga Boleh Membunuh!






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Pakinson tak baca tajuk entri? Wuishh! Urut dada jap! Hahahha

Ayat tu credit from novel Rooftop by Farrah Izzlorna! *MyFavNovelist tu...

Kebaikan juga boleh membunuh... 

Hana setuju dengan ayat tu.^^ Since dah selalu sangat kena pijak kepala bila terlalu baik dengan semua orang...

Mr.Father selalu bagi Hana ayat

" Jangan terlalu baik,nanti kena pijak! "

Hana ni jenis yang susah nak hadam sesuatu perkara.Susah nak praktik.Apatah lagi memahami.

Sampailah sesuatu berlaku pada Hana yang buatkan Hana insaf taknak jadi terlalu baik.

Disebabkan kau terlalu baik... kau susah nak cakap  " No!" bila orang mengharapkan bantuan kau 'sedangkan diri kau sediri lebih perlukan bantuan' 
kau susah nak cakap "tidak!" Walaupun kau sedar yang kau cuma dipergunakan untuk laksanakan kepentingan orang lain.
Kau susah nak cakap "Tak" walaupun waktu tu kau sendiri pun tak terdaya nak tolong.

Akhirnya kau bunuh diri sendiri..

*faham tak?

Hahaah apalah yang Hana karutkan ni... budak ni dah telan vitamin ke belum? (Emo semacam ja kan?) hahaha

Honestly say... dalam tak sedar Hana selalu dibuli oleh orang-orang sekeliling Hana...
Bukan jenis yang menggengster sedia kala tu... tapi dibuli oleh insan-insan yang rapat dan baik dengan kita... 
Semuanya sebab Hana tak sampai hati nak cakap 'No' ' tak' ' tidak' .... asyik cakap ' ok boleh... ^^ ' end up diri sendiri yg depress settle'kan problem orang lain... while orang tu pulak langsung tak ada gaya-gaya nak usaha sendiri.T^T

Actually...

Tak salah nak tolong semua orang.... cuma tengoklah dulu keadaan....

Jangan awak elokelok bahagia pulak yang tiba-tiba depress gara-gara tolong orang.T^T 

Jangan disebabkan sikap awak yang terlalu baik... awak siksa diri sendiri.

Pssstt! Selain tenaga,wang ringgit,dan bantuan buah fikiran... kita ada satu jenis pertolongan lagi tau!

Sedekah doa... ^^

Benda tu free of charge ja! So kalau kita rasa tak mampu nak tolong semua orang sedangkan kita simpati.... kenapa tak guna je kuasa doa tu? ^^

Akhir kata,menghulurkan kebaikan adalah sangat sewajarnya... tapi at least tengok dulu sama ada orang tu layak ditolong atau tak! sebab.. ''Jangan sampai jadi mangsa buli!'




Thank you sudi visit! =D Btw hashtag sis cuba jadi motivator hahaha! ^^ and... hopefully tak kena kecam sebab Hana gangster semacam kat entri ni hohohoh ^^





Friday, 16 February 2018

Heart calming Nasyeed


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


HOLLA!!!


Hana rasa terdetik nak share melodi indah nasyeed ni.Seriously memang rasa tenang sangat! ^^ Dah draft dari kemarin petang tapi baru nak post hari ni hahahah! *Hana kan senget kuasa 2... bukan apa! sesaja nak ambil berkat post di hari jumaat ^^ 









Happy Friday,day full of rahmat <3 ^^ Hopefully this day is more better than yesterday!!! ^^ Have you zikir this day? :D Come! follow me- Subahannallah Walhamdulillah... walaailaahailllallah Wallahuakhbar... <3 






Monday, 12 February 2018

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!!!







Hari ni Hana turut tak ketinggalan untuk menjoinkan diri kat GA kak Ana yang baru berlangsung kemarin.Hadiah dia boleh tahan menarik hati! ^^ harap-harap Hana salah seorang yang bertuah tu ya hahah! Tak bertuah pun tak apa... janji dapat support sesama blogger kan? *hahaha biasalah Hana ni dah selalu sangat tak bertuah sooo kalau tak bertuah lagi buat sekian kalinya pun tak apa hahaha sebab dah terbiasa ^^ heee.:D harap-harap kali ni Mr.Random generator tu kasi Hana menang! ^^ hahaha!

Seperti biasa sila tekan banner comel tertera untuk membabitkan diri.:) Cepat... cepat... jangan lambat lambat hahaha! :D Good luck kepada yang dah join dan bakal menjoinkan diri tu ya! ^^

Ig Hana - hns_idr *dah tak aktif tapi Hana dah follow ig kak Ana.^^ Heee ig Hana tu  dah bersawang-sawang pluss dah ramai yang unfollow so harap maaf kepada 30 lebih request terbiar tu ya hahah! Hana dah tak aktif dah T^T 




Friday, 9 February 2018

Motivation words #1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dear Dreamer...













After realizing what I hold to is just a wish then I decided to plan it all... and I plan to make it true just the way I wish!  ^^  Happy Friday! btw :) don't forget to spread kindness everywhere we go! Look for a wrong and make it right! ^^ multiply zikir and less negativity :D *First time nak bermotivasi kat blog! hahaha K.Bye! >_<



Tuesday, 6 February 2018

Blog Review Part 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!

Untuk entri kali ini,Hana akan review blog peserta-peserta "segment 2 hari" Hana yang berlangsung pada 30 January hari tu.Hari tu Hana dah buat part 1 sila klik sini kalau berminat nak baca.



Blog Kak Ana


Kak Ana pulak blogger yang boleh digelar popular sebab ramai pengikut dan pengomen setia! hahah gitu! seriously ramai yang ikuti entri Kak Ana.Termasuklah Hana ^^ sebab apa? sebab kak Ana sporting gila! rajin BW rajin blogging dan segala-gala rajin yang sama waktu dengannya! haha! ^^ Hana harap satu hari nanti blog Hana akan ikut jejak blog kak Ana yang maju dan berjaya tu... so apa yang menarik tentang blog kak Ana? blog kak Ana penuh dengan review menarik tertarik kau memang debom! haha! kak Ana rajin review makanan... boleh dikatakan Hana selalu telan air liur tengok gambar-gambar review yang selalu tersiar kat blog kak Ana.haha maklumlah Hana ni pantang nampak benda yang boleh dikunyah! so sebab tu lah Hana rajin terjah blog kak Ana hahah... so kepada food hunter sekalian sila lah follow blog kak Ana... tambah pulak kak Ana banyak suggest tempat makan yang best! bukan tu ja,Blog kak Ana ada jugak share info-info yang bermanfaat serta tazkirah-tazkirah yang boleh buat korang sentap! hahah biasanya kak Ana post tazkirah bila hari jumaat.So kalau nak sentap bertubi-tubi sila terjah blog kak Ana pada hari jumaat hahah *tak semestinya hari jumaat ^^ tapi kebiasaannya :D Hana ni memandai ja kan haha! btw senang cerita korang follow ja lah blog kak Ana klik SINI even Hana tau korang mesti dah follow atau officially jadi pembaca setia blog kak Ana kan? hehe sebab macam yang Hana explain tadi,kak Ana ramai pengikut setia! hee :D Apa-apa pun terima kasih kak Ana atas wish b'day yang secara tidak langsung menyuntik motivasi kat Hana tu ^^ semoga kak Ana terus aktif berblog dan maju jaya selalu (ewah reti pulak Hana karang ayat leklok kan hahah) btw Hana dah tobat tak nak meng'gengster lagi hahah! 

Blog Kak Aida Hana


Blogger seterusnya pulak Hana baru ja kenal dan Hana langsung tak expect dapat wish dari akak blogger ni ^^ sebab Hana baru-baru ja follow blog akak ni ^^ hhehe sorry kalau menyampah Hana memandai panggil kakak! hhaha apa yang Hana tertarik dengan blog akak ni ialah motivation and inspiration things yang penuh kat blog blogger ni.Hana ni jenis yang suka dengan kata-kata semangat yang boleh menyuntik passion untuk buat something! so blog kak Aida ni boleh dijadikan rujukan kalau Hana tetiba rasa down ke apa... hehe korang sila lah visit blog kak Aida ni.Ownernya pun mak aih lawa! hahah (ayat mintak penyepak Hana bagi sekali haha) tapi serius cik blogger ni memang lawo orangnya hehehe ^^ kak Aida ada jugak buat review pasal movie-movie best~ personal stories pun ada! so bolehlah saling berkongsi cerita kan? bukan tu ja macam-macam lagi benda yang mendatangkan manfaat yang ada kat blog kak Aida.So jawabnya korang tak rugi apa-apa kalau visit SINI ^^ Apa yang Hana suka pasal owner blog ni ialah kematangan content entry! heheh cakap pasal matang Hana rasa macam sindir diri sendiri pulak! haha yalah Hana ni kan jenis yang tak kena tempat! means suka mengarut! so akak blogger ni memang banyak bagi inspirasi kat Hana even akak ni baru 23... hehe muda lagi,student lagi tapi ada kebolehan jadi pakar motivasi hahah! Akhir kata,thanks for the motivation words and b'day wish! Thanks jugak sebab jadi inspirasi Hana secara tak langsung hheee :D Good luck for everything sis! keep stepping and make all the dreams come true! ^^ belajar elok-elok kat ostolia tu ya! hehehe 

Blog Kak Lz


Kak Lz ni pula pemilik blog Lady In Red Planner.Kak Lz ni seorang married blogger yang meminati coffee.Kak Lz dah blog since May 2011.Character kak Lz ni sangat rare dari blogger-blogger lain yang Hana kenal.Kak Lz sangat matang orangnya.Matang dari segi blog content,cara penulisan blog dan cara kak Lz bw blog orang.Heheh ^^ (sorry kalau salah bagi info) Btw... melalui pembacaan Hana dari laman About Me blog kak Lz Hana dapat simpulkan kak Lz ni seorang peguam.*ya ke? ke Hana salah tafsir hahah maklumlah belum masuk alam pekerjaan lagi... heee :D Blog Kak Lz ni ada banyak info bermanfaat yang berguna.Macam-macam jenis info ada kat blog akak ni.Resepi,tentang fesyen,kecantikkan,quotes,vacation,segment and so on... oh ya! btw kak Lz sedang melangsungkan segment tau! so kalau nak join boleh klik SINI.Hana belum join lagi heheh tengah tak ada mood lately.Inshaallah Hana join jugak nanti.Heee :D Btw serious cakap,kak Lz ni rare sangat pada pandangan Hana.Rare sampai tahap buat korang terkesima! hahah  *rare in a good way* Hana rasa matang bila bw kat blog kak Lz.Susah nak explain senang citer korang klik ja SINI and follow blog kak Lz then tengok rare ke tak rare!  hah Support kak Lz tau! kalau dah singgah tu sesekali klik lah iklan-iklan yang terpampang ^^ *hehehe :D nampak sangat Hana dah hilang idea tak tau nak taip apa hohoho T_T apa-apa pun thanks a lot for the sweet wish kak Lz! It melt my heart so much! heheh :D I'm gonna keep it forever as reminder for self! stay gorgeous stay fantastic! and keep on inspiring!!! ^^  

Blog Kak Atie


Hana tak sure apa nick name yang sesuai.But since nama author akak Atie Zieya so Hana decide panggil kak Atie ja lah... Hahaha sorry if you don't like it heheh ^^ This cute sister always rise spirit on me to keep blogging! Because of what?.Because kak Atie always drop comment on every each of my entry.Comment yang kak Atie tinggalkan selalu berunsurkan motivasi.Comel ja kak Atie ni heehe ^^ Kenkadang bila Hana rasa give up nak berblog tiba-tiba kak Atie drop komen terus Hana bersemangat balik hahah! pelik kan? tapi tu lah,Kak Atie ni memang ada power boleh buat orang rasa motivated! heheh She's inspiring! ^^ and shining! Blog kak Atie dipenuhi dengan content yang awesome! dengan gaya penulisan yang bersahaja dan santai.She blog in english but easy to understand! *since I'm not a native speaker hahah but I enjoy reading her content.And she always have idea to motivate me! I don't know why *as I say... ,but it is! I always get excited to read her new entry! But sometimes she disappear for so long! *not so long but I feel like it super long because I always look up for her new entry ^^ She's fun! and easy to make friend! Honestly say,kak Atie is one of my favourite blogger friend.Heee :D She's travel a lot! and I'm jealous of it! Btw you can feel the vibe of Japan if you follow her entry! heheh... what's make it fun to visit her blog is we get to know what's great movie to be watched,her travel experience,her personal matter (diary of life) and etc... hahah to make it clear better you click Here then follow her Blog! (i order you to do it now!) hahah just in case if you don't done it! heheh ^^ btw dear sweet sister,thanks a lot for being part of my blog fellow,for being nice to my blog world and for the sweet wish on my b'day hehehe ^^ <3 also for calling me Hana-chan *since it my wish heheh ^^ how sweet you are :D touching itew... So sila follow laju-laju blog kak Atie ^^ Confirm kena follow back punya! 


Penambahan :

Hana nak say sorry sebab lately tak ada mood nak jenguk blog.Tak ada lah busy mana pun... just buang tebiat tak nak melibatkan diri kat laman sosial.Hehehe plus Hana tengah take serious attention kat Baby Liya.Nak siapkan manuskrip... sebelum deadline,nak habiskan baca buku yang  Hana pinjam kat library lagi hahaha  mana lagi nak practise piano bagai tu *konon-kononnya nak mem'busy'kan diri sementara tak ada job tengah cuti SPM ni hahaha! So jawabnya hari ni baru ada mood nak bukak blog since semalam termimpi-mimpi warga blog hahahah! *cik Yan! Hana mimpi cikYan hahaha! so thank you to cikYan sebab suruh Hana bukak blog dalam mimpi hahah! kalau tak sampai ke tahun depan lah baru ter'post entri review part 2 ni hahaha... ^^ btw Thanks yang sudi singgah sini even Hana buat tak tau je... heheh ^^ Sorry kalau kat entri ni ada tersalah review ke tersinggung perasaan ke termengada ke... sorry tau! Sorry kalau lepas ni Hana hilang sekali lagi hahaha! korang mimpi-mimpikkan lah Hana supaya Hana tak hilang hahah! ^^ akhir kata Labayu!!! <3 

Klik sini untuk review Part 1 




Friday, 2 February 2018

Blog Review By Hana Part 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

HOLLA!

First of all,Hana nak ucap thank you!!! sangat-sangat kepada sesiapa yang sudi menjoinkan diri kat segment Hana pada 30 Januari lepas.^^ So hari ini Hana nak review blog  peserta-peserta yang baik hati tu :D Hana akan review semua peserta yang join pada tarikh 30 January sahaja *sorry kepada yg join pada tarikh lain... Hana hargai wish terlebih gula korang tu tapi apakan daya,mana lah Hana larat nak review semua kan? huhuhu T_T apa-apa pun Hana dah masukkan semua peserta yang join tu kat bloglist Hana.so Inshaallah lepas ni akan rajin terjah blog korang yang awesome tu heheh ^^ tapi review ni Hana buat slow2 sebab nanti fit sangat kat satu entri so hari ini adalah part satu yang bermula dari Kak Sha,Kak Azah  Sis Ika!  dan cik Yan ^^ *nebes pulak kite hahah takut-takut tersalah review~


Blog Kak Sha


Kita mulakan dengan blog peserta pertama iaitu kak Shahida Dzulkafli yang selesa dipanggil Kak Sha ^^ Kak Sha merupakan part time blogger yang menjawat jawatan pustakawan sepenuh masa.Psstt! kalau nak tau Hana memang berminat gila kalau ada peluang nak jadi pustakawan.ehheh ^^ Kak sha ada dua orang anak iaitu Imani dan Amani.Comel pulak tu... kalau pinjam sehari buat teman main best jugak heheh ^^ Hana suka budak-budak so memang rasa nak culik ja kalau nampak bebudak! Pendek kata,level ghairah Hana memang meningkat bila bergaul dengan kanak-kanak! :D Ok... kak Sha ni rajin review novel dan produk.So kalau korang seorang yang minat membaca Hana recommend korang visit blog kak Sha.Kalau nak review buku pun boleh,email ja kak Sha,whatsapp pun boleh ^^ .Klik SINI dan automatik anda akan terjun kat blog awesome milik kak Sha.Plus,Kak Sha ni peramah orangnya so kalau korang sejenis yang suka blogwalking,blog kak Sha memang pilihan terbaik untuk diterjah.Inshaallah kunjungan anda tak bertepuk sebelah tangan hehe ^^ So sila lah follow blog kak sha yang awesome tu!  Inshaallah korang akan terjatuh hati dengan hasil nukilan kak Sha yang selalunya berisi dengan info-info bermanfaat. :D Bagi Hana kak Sha boleh dilabel sporting so jangan segan silu tinggal jejak kat entri Kak Sha,mana tau boleh jadi kawan kan? :)  akhir kata,Thank You kak Sha atas ucapan birthday yang buat Hana tersengih sepanjang hari tu ^^ Hana dah masukkan kak Sha dalam bloglist Hana so Inshaallah lepas ni Hana akan rajin-rajin menyampuk kat mana-mana entri kak Sha :) Thank you again!


Blog Kak Azah  


Kak Azah pula merupakan seorang blogger berumur 22 tahun yang Hana baru kenal dalam tahun ini ^^ Kak Azah ni boleh dikategorikan sebagai blogger peramah,baik hati,comel dan senang dibuat kawan.Haahah pada pandangan Hana,kak Azah ni seorang isteri mithali,ISTERI tau! so jangan pandai-pandai nak ngorat akak comel ni hahah *sorry terover pulak.btw Blog kak Azah ada macam-macam tau! info menarik,kisah peribadi dan perkongsian yang bermanfaat.Plus,blog Kak Azah ni terlebih gula and comel na mati! Mula-mula Hana visit blog Kak Azah,Hana langsung tak terfikir yang kak Azah dah kahwin,rasa macam bloggernya sebaya Hana hahah sorry sis! sebab sis nampak lebih muda berbanding usia.^^ heheh kak Azah ni rajin blogging dan blogwalking,hari-hari rasanya kak Azah update blog.*bukan cam Hana yang malas mengalahkan unta kat padang pasir tu! huhuh ^^ so,cer komen sekali kat mana-mana entri kak Azah,Hana boleh confirm yang korang kena terjah balik.hahah sebab kak Azah ni peramah orangnya,sesuai dapat award blogger friendly... so sila lah follow blog kak Azah untuk pencerahan hahaha ^^ Apa-apa pun thank you so so much kak Azah sebab sudi join segment mengarut Hana.Memang boleh dilabel mengada ja perangai Hana hari tu Hahaha... sorry kalau ada tersalah bagi info and so on... ^^ Birthday kak Azah  18 Januari tapi Hana baru ja tau hari ni,so walaupun bulan januari baru ja habis,Hana rasa sempat kot Hana nak wish Happy birthday jugak! semoga successful dunia akhirat :) keep on inspiring tau! ^^


Blog Sis Ika


Blogger seterusnya pulak berumur 20-an juga dan rasanya Hana baru kenal dalam tahun ni... blogger ni pun boleh tahan tahap ke'ramahannya.Means friendly! a.k.a rajin blogwalking.Blognya pun sedap mata memandang.Blogger active pulak tu! kiranya rugi tak follow blogger ni.^^ So sila klik SINI dan follow lelaju kalau tak nak tersenarai dalam golongan yang rugi tu hahah.Dekat Blog sis ni ada macam-macam tau! place review,movie review,book review dan segala jenis review yang sama waktu dengannya! Oh yeah!! haha ^^ plus jangan terkesima tengok follower blog sis Ika yang mak aih banyak gila tu! sebab sis ni dah blogging since zaman sekolah lagi,so kiranya blogger senior lah ni... mana boleh fight dengan blog senget Hana yang tak matang ni.hahah ^^  btw sis ni ada buat segment tau... so jemput join ya! support sis comel ni then geng dengan Hana,sebab Hana dah join! heee :D Anyway,Thanks a lot sis Ika sebab baik bagi wish manis  bergula pada hari istimewa Hana  ^^ sebaiklah Hana tak kena kencing manis hahah! apa-apa pun Hana akan baca balik wish tu next year Inshaallah... keep going tau! keep inspiring and spread positive vibe! Good luck for your study and hopefully everything goes well as planned... keep stepping and make all the dreams happen ^^ Hana support sis Ika!!! (sorry memandai panggil sis hahaha)

Blog CikYan


Blogger yg seterusnya ni pulak,ya Allah! sportingnya berganda-ganda hahah! peramah yang amat! tak pernah sekali pun Hana kena ignore oleh cikYan hehe ^^ baik betul hati cikYan pegi wish Hana sampai 2 kali.hahah so dua kali lah Hana terharu haha ^^ serious say,korang kena terjah blog cikYan! komen ja kat mana-mana entri... mana tau boleh jadi kawan? :) Bagi Hana cikYan ni kawan alam maya Hana yang ada kuasa buat Hana tersengih sepanjang hari... macam hari tu,cikYan wish b'day Hana... hahah sampai ke hari ni Hana asyik tersengih mengalahkan kerang terlebih masak! hahah so thank you ya cikYan... so what's speacial about cikYan's Blog? cikYan suka post entri-entri ilmiah yang bermanfaat.Kadang-kadang sampai buat korang sentap! hahah sebab dapat kesedaran lepas baca entri ilmiah cikYan.Bukan itu ja,info-info yang bermanfaat,kisah peribadi,dan karya manuskrip pun ada! heheh plus cikYan ada buat segment BW so jemput-jemput lmenjoinkan diri ^^ blog cikYan memang macam-macam ada! So jenguk-jenguk lah blog cikYan tu,mana tau korang boleh terjatuh cinta pulak kan? haha sebab hasil nukilan cikYan sangat bersahaja dan senang hadam... Plus cikYan rajin join segment so kalau korang nak suggest kan cikYan segment korang pun boleh! cikYan layan ja... heheh memandai betul Hana ni kan? hahaha Senang cerita baik korang Klik ja SINI then follow blog awesome cikYan. ^^ Anyway Hana nak say thank you gila-gila kat cikYan sebab selalu sudi support Hana :D Hana harap kita terus jadi kawan kat dunia blog ni ^^ and thanks jugak untuk ucapan birthday yang manis macam gula kapas tu ^^ Hana akan simpan dan baca every year pada tarikh 30 January ^^ semoga cikYan terus jadi blogger active,sporting dan bersahaja.Inshaallah Hana akan selalu terjah blog cikYan selagi Hana aktif berblog.




Sila lah follow blogger-blogger yang Hana dah tag tu klik SINI (kak sha) SINI (kak Azah) dan SINI (Sis Ika) cik Yan (SINIAkhir kata Labayu ^^ hahaha gediks pulak tetiba... hari tu kemain gangster sampai kena kecam haaha! and sorry kalau ada tersalah cakap dan ter'gangster tanpa sedar! hehe ^^

Untuk part 2 Hana akan review blog Kak Ana,kak Aida Hana,Kak Lz dan Kak Atie

 -------------------------------------------------------------------------

Sila follow jugak perserta2 yg join pada tarikh 31 January 2018 (Sebab Mereka Awesome!) and of course blogger sporting! ^^ *kalau tak takkanlah join segment mengarut Hana tu hahah!


  • http://www.sayidahnapisah.com/
  • http://nadhiewueen.blogspot.com/
  • http://bijak-ilmusihat.blogspot.my/
  • http://herlittlehome.blogspot.my/
  • http://nunuwahidah.blogspot.my/
  • https://thisni3zahata.blogspot.my/