Showing posts with label Diary Dak Gangster. Show all posts
Showing posts with label Diary Dak Gangster. Show all posts

Monday, 9 April 2018

Misi 07






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!


Cewahh! tajuk bukan main hipster lagi hohohoh.So apakah benda asingnya misi 07 dak Gangster ni? =3
.
Seperti biasa bila nak dekat bulan puasa ni,maka kaum-kaum hawa pun akan melangsaikan hutang-hutang ABC masa bulan puasa yang lalu.Hopefully korang faham sendiri lah ya heeeeee :D ( nota kaki: ABC - Allah Bagi Cuti )
.
Macam tahun-tahun lepas,niat nak bayar hutang awal tapi nak buat macam mana bila ABC special sampai tak ikut time.Plus,asal nak mulakan misi membayar hutang,situ lah dapat tajaan ais krim berkontena-kontena,situlah Mrs.Mom semangat nak masak special,situlah baru teringat stok coklat kat cabinet. :') *Kalau puasa nanti risiko kena seludup lah pulak!*.hahaha! Ya ampunnn,nampak sangat Mr.Iman tak cukup sado lagi ni! Baru kena uji sikit dah goyang! hadoi! kata gangster?! :P Huhuhu so ter'postpone lah misi 07 Hana.Sebab apa 07? Sebab memang lazimnya 7 ringgit hutang yang nak dibayar hahaha ^^ Tapi pernah jugak berlaku di mana Hana dikehendaki untuk membayar hutang secara double,gara-gara ABC special datang tak diundang ngam-ngam penghujung bulan puasa.:') Even awal bulan tu dah berkibar-kibar bendera Jepun.Hahahaha korang jangan triggered! >_< 
.
Hem! Hana selaku netizen bawang,nak tanya ni... korang dah bayar ke hutang ABC last year? Opkos lah sudah kan? Heheh =3 Hana dengan Mrs.Mom start bayar ansur-ansur minggu ini.Inshaallah nak consistent biar habis terus tanpa baki se'sen pun.Sekali harung gitu! 
.
Apa-apa pun semoga kita semua terlepas dari beban-beban hutang duniawi.Tak kesahlah dari segi apa pun.... sebab hutang ni mengancam sikit hukumannya dekat sana nanti.T^T 
.
Sekian ^_^ Selamat Membayar Hutang!!! heeeeeeeeeeeeeee :D 


Monday, 2 April 2018

Next Step!








بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Alhamdulillah untuk nafas pada hari ini.Hidup lagi budak brutel ni dan still boleh mencoret luahan hati dekat diary ala-ala bimbo ni.Heheh :3 Ya lah... dua hari tak update entry baru... (kot-kot lah dah k.o kan??) Hohoho hashtag deep!
.
Memandangkan result Hana tak layak untuk masuk IPG.Hana dengan setekat hati tanpa perlu koner kiri koner kanan memilih form 6 sebagai jalan pintas untuk ke Universiti.
.
Memang itu yang Hana rancang selama ini.Tak layak IPG then masuk form 6.Heheh since Hana malas nak menyemakkan kepala hangguk ni fikir pasal UPU yang Hana tak boleh brain langsung tu.:') Seriously Hana tak nampak benda lain selain dua tu.Hana just nak cepat-cepat masuk U.Tanpa perlu bebankan parents Hana dengan yuran mahal-mahal bila ambil diploma kat kolej-kolej swasta.
.
Orang mungkin akan cakap yang Hana ni tak boleh keluar dari kotak! Result tak tip top lah! Form 6 untuk golongan level katun-katun lah :') Tak apa... sebaiklah gua brutel.Kalau tak aihhh! Confirm dah nangis macam kain buruk huhuhu T^T Btw,sebagai pencerahan,nanti Hana explain dengan secukup rencahnya tentang faktor-faktor Hana pilih Mr.STPM ok?! :3 Inshaallah cukup rencah... Garam,kari,aji no moto dengan makcik-makcik bawang sekali kisar masuk blender.Then masa tu mula lah korang takleh nak brain? huahuahua >_<.Hopefully netizen bawang tak makan cili bebanyak sangat masa dinner tadi heeeee :D (Tak faham? Then hashtag deep ja lah hohohoh)

Bubyee!! See ya again inshaallah.^_^ Jangan lupa jalan nak ke sini pulak heheh.Dah gi sambung tengok TACS kat astro Ria :3 


Monday, 26 March 2018

Aliya Zulaikha Take Over!



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 







Holla!

Hye kengkawan! ^_^ Saya Aliya Zulaikha.Adik kepada budak brutel a.k.a Author blog ni.Disebabkan kak Chie saya dah kehilangan suku dari sel-sel otak yang menjana idea,maka saya selaku assistant dia telah diarahkan untuk mencoret apa-apa sahaja di blog ini.

Btw guys! Cun tak saya dalam gambar tu.Ala-ala Princess Aurora Sleeping Beauty kan? Kan? Itu gambar yang kak Chie saya snap masa umur saya 1 bulan.Now on umur saya dah mencecah 2 bulan.Alhamdulillah... Tak dinafikan yang saya ni setaraf anak Dato Siti.Hehe :3 *nak muntah?! Eleh jeles ah tu! Hmpp! >_<
.
Entahlah fenomena apa yang melanda,sampai berat saya sekarang dah mencecah 6 kg.huhuh mula-mula tu adalah sikiť rasa insecure bila kak Chie saya atau nama glamour dia Hana asyik gelar saya baldi bernyawa.Sampai hati dia kan? Dah tu cakap muka saya ni empat segi macam kiub tumpat! Ish.. kejam.. kejam..
.
Yang paling saya tak leh nak brain tu,dia sehari tak cubit pipi saya sampai merah macam tak sah rukun fardhu dia.hmpp! Tak cukup pipi hidung pun dia nak tarik jugak! T^T tapi tak apa kengkawan... time tu jugak saya akan guna kuasa suara rock saya untuk meraung seselamba hati hahaha and then dia kena bebel dengan Mrs.Mom! Muahahaha padan muka! Ingat dia seorang ja yang gangster! Dia tak tau ke peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...  pendek kata saya memang tak sabar nak bergusti dengan kak Chie saya tu bila saya besar nanti :P
.
And saya malas jugak nak diet-diet ni since benefit dia saya dapat meranakan hidup kak Chie saya setiap kali Mrs.Mom arahkan dia untuk jaga saya.Muahaha sebab saya ni jenis yang tak suka diabai.Maka melara lah kak Chie saya yang tak besar mana tu setiap kali saya merengek minta didokong huahuaha! Tak pe kak chie.. ini namanya work out! Cukup 5 bulan umur saya memang ber'muscle lah akak jadinya.Hehe *peace yoo!
.
Itu sahaja perkara-perkara yang saya terdetik hati nak luah dengan kengkawan semua! Apa-apa pun saya tau kak Chie sayaaang saya sepenuh jiwa raga dia.Hehe cuma saya ja yang tak boleh decide lagi nak terima ke tak sayang dia tu.Hmm... ??? Hehe ok lah Liya cau dulu tau! Nak kumpul tenaga secukupnya.Biar badan makin sado.Hehe Esok-esok nak sambung membuli kak Chie kesayangan saya tu.

Sekian... hmm.. untuk membuktikan kengkawan kak Chie saya tu manusia,sila tinggalkan nota-nota manis kat kotak komen bawah ni ya! Heheh =3 Liya nak kira ja berapa ramai kawan kak Chie Liya tu >_<

Friday, 23 March 2018

Hadiah kak Ana dah sampai!!!





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!

Alhamdulillah,akhirnya sampai jugak hadiah GA dari blogger kesayangan kita " Kak Ana " heheh Thank you! Thank you! Thank you! ^_^ dalam sedih-sedih result tak capai target Allah kirmkan sedikit kebahagian dalam hati Hana even hadiah tu actually tak sampai pada Hana pun heheh.Apa Hana ni? Cakap berbelit... hohoho actually hadiah comel dari kak Ana tu Hana hadiahkan kepada someone special yang tengah belajar kat kelantan.Wuuuuuu!!! Siapa kah gerangan someone tu? :3 Heheh agak-agaklah kan... beg tu beg pompuan kot! Hahah someone yg kenkononnya special tu actually kakak Sulung Hana.
.
.

Hana saja nak bagi semangat kat dia supaya study hard! hehe lagipun birthday dia hari tu Hana tak bagi apa-apa  and dia dah banyak rasuah Hana dengan hadiah sebelum ni.Maka Hana dengan seikhlas hatinya *even rasa berat jugak sebenarnya haha* memberi hadiah kemenangan Hana kepada dia ^^ So kepada kak Long kawasan yang suka skodeng diari Hana ni sila baca pesanan di bawah ya hohoho :3 Korang-korang boleh skip kalau tak nak menyampah hahaha 

Pesanan Kepada Singa Comel merangkap Kak Long Kawasan :


Jaga hadiah tu leklok macam jaga nyawa sendiri hahah... jangan bagi calar tau! *sebab bukan senang nak berjodoh dengan Mr.Random Generator tu :3 and minyak wangi tu kalau boleh tinggalkan sikit untuk gua! Hohoho hashtag dari adikmu yang gangster lagi brutel :3 And just wanna shout! Budak brutel ni tak rinduu pun nak tidur sebelah singa comel hahaha *tak langsung T^T T^T T^T   p/s :  Tolong jangan ploles sangat ya! adik awak rasa tergugat :P
.
.

Jom! Jom! Sergah blog kak Ana yang awesome tu! ^^  Nahhh untuk kak Ana ~ <3 <3 <3 ^_^ ~ 
.
Cepat Klik ' Sini ' laju-laju. :D 


Wednesday, 21 March 2018

Kebangkitan Zombie






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hollaaa!!!

Alhamdulillah... setelah berhari-hari cuba untuk fully move on akhirnya Hana dah betul-betul redha dengan ketentuan Allah... ^_^ Ya! Bagi Hana itu perancangan Allah... sebab Hana dah usaha but can't make it! Tak apalah... Hana pun tak nak ungkit lagi pasal kisah percintaan dengan Mr.SPM... Hana dah move on!!! Mr.SPM masa lalu Hana... >_< Now On Nak focus for the next step! 
.
.
Penat dah menZombieKan diri selama berhari-hari.Bayangkan betapa sengetnya Hana dengan rambut kusut masai gara-gara tak ada mood nak syampu... .Jerawat pulak seselamba hati buat onar kat pelosok muka Hana yang tak berapa nak lawa ni.Huhuhu T^T Sekali tengok cermin.Wuishhh! mengucap panjang weh hahahah terpinjam kecomelan Cik Panda kat Zoo Negara tu. Berkilo-kilo eye bags kat bawah mata Hana  T^T Halamak! Macam mana nak pulih balik ni?! Nak kena pegi spa ke apa ni? >_< Huhuhu seksa sungguh penangan Mr.SPM.And  seriously luka tu masih ada bila mengenangkan wajah Mr.SPM yang tak berapa nak handsome masa bertentang mata dengan Hana hari Khamis lepas... T^T but it's ok! :') This is life Hana! Not a movie.... ^^ tak semestinya apa yang kita plan tu 100% akan jadi kenyataan kan? ^_^ Alah,umpama lagu The Climb tu " Sometimes we gotta have to lose "
.
.
Btw,Yeahhh!!! Roh budak senget dah meresap kembali dalam jiwa ini... Alhamdulillah... huhhh seminggu tak gelak dengan seikhlas-ikhlasnya.. akhirnya Hana dah boleh berkera-ok dengar lagu Barbie hahah! Lepas ni dah boleh join segment Kak Azah,dah boleh bergurau kaw-kaw dengan Mrs.Mom and yang paling penting dah tak perlu nak acah-acah depress sampai sanggup tak makan berhari-hari T^T Siyes Hana nyesal sebab Mrs.Mom lately masak kemain sedap lagi hahah kan dah terbayang menu-menu setaraf hotel 5 bintang yg Hana terlepas tu... huhuhu T^T  T^T  T^T
.
.
Sekian ^_^ btw korang dah zikir ke hari ni?! Heheh kalau dah,zikir lagi kasi kaw-kaw punya!! ^^ Bubyeee! Nantikan upcoming entry takleh brain dari Hana hahaha~ >_<


Monday, 19 March 2018

One day it will be over


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


I've been through depression lately.. I never knew what is fake smile actually meant until I use it myself... I never get hurt more than this pain that I got from Mr.SPM.I've never been lonely before... I never got serious heartbreak before... But life is like a wheel... sometimes you're up and sometimes you fall. 

" It's ok Hana... you've done great! "  

" It's fine! You doing great! Don't worry! "  

" Buckle up Hana! It's in the past! "


All those words that I tell myself... can't even heal the pain.. the emptiness.... 
I've zikir,I've pray... I done everything but the pain is still there... My soul still get empty... :') I fought a lot! I had struggle so much! So I think I would get paid by my efforts... but now I realize that sometimes it didn't work!! ^^  But It's ok! I trust that Allah has a better plan for me! Just keeping the faith... 

.




If you think you've gone wrong! Then fix it! Take back your power!!!! :')
.
Please click the button then hayati! ^_^ Inshaallah you'll get what you lost.Till then :) 
.
.

P/S : I am sooo touched getting such a positive blogger fellow like you guys! I appreciate it so so much! ^^ thank you for willing to leave a comment in here especially at my previous last entry before.^^ You know what?... I feel lucky to know each of you... You guys put the spirit on me... :') ^^ Big Thanks!!! <3 <3 <3 



Saturday, 17 March 2018

Thank You To Allah





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Warning : Entri ini adalah luahan hati Hana.Sila jangan baca kalau awak jenis yang tak suka skodeng diari orang.Nanti menyampah... :( 


Alhamdulillah untuk result Hana walaupun tak setaraf Nik Nur Madhihah.Tak seOk result Pt3 Hana.Dan jauh beza dengan result Trial T^T Tapi Alhamdulillah... Allah lahirkan perasaan redha yang agak kuat dalam jiwa Hana pada detik ini.Even kelmarin rasa macam dah hilang separuh jiwa... :'( Tak apalah tak mencapai target pun... tak apalah tak seperti yang Hana idamkan pun ^^ at least Hana dah usaha... Bukan tak cuba... :( Orang tak tau betapa struggle-nya Hana untuk setiap subjek yang Hana target tu... Diorang cuma tahu pengakhiran usaha Hana tu ja.;( Hana kecewa gila dengan some subjek yang Hana letak usaha bagai nak rak tapi tergelincir pegi B+.Yang peliknya subjek-subjek yang tak target tu yang score.Yang target gila-gila tu tak kesampaian.Ya Allah... Hana tak cukup brutel untuk hadap ujian ini... T^T Entahlah kenapa since kelmarin rasa kosong sangat dalam diri ni.Hana dah kecewakan parents Hana!! T^T Hana dapat 3 A sahaja...Alhamdulillah lah tu kan? :') just kena kuat untuk terima itu lah hasil usaha Hana... Arabic tak capai A,Pqs B+ ja even itu lah subjek paling Hana favourite gila-gila T^T English pulak tak seindah trial. :( Gara-gara memikirkan di mana silapnya,Hana tak semena-mena kena demam since semalam... T^T seharian dah berkurung kat bilik... Hilang ke'gangster'an seorang Hana apabila diuji sebegini. (gediks kan?) Hm.. :(
.
.
Plus,Hana sedih tengok bff Hana 'Sherry' yang memang top student skolah tapi tak capai straight A.Hati Hana jadi luluh tengok muka dia yang tak happy kelmarin.T^T Makinlah Hana rasa kosong....  Tapi tak apa lah Sherry.Result awak tu dah cukup gempak dan layak untuk ke UIA.Jangan sedih-sedih tau! *nota kaki untuk Sherry yang tak sure lagi baca blog ni ke tak* huhuh btw Tahniahhh kepada classmate semeja Hana Fiqah dan Rosniah yang dapat 8 A ^_^ Tahhniahhh korang!!! Just wanna shout that Hana is so so proud dapat geng dengan korang! Tahniahh jugak kepada batch 00 tak kesahlah apa result yang korang dapat! bersyukur dan happy'kan diri ja ok?! Hana tetap happy walaupun result Hana tak segempak classmate2 Hana yang lain.Mungkin sebab the power of gratitude and Redha Kot... ^^ Alhamdulillah untuk result Hana even tak seindah trial hari tu... 
.
.
Hopefully awak-awak yang tengah skodeng diari Hana ni tak compare result Hana dengan siapa-siapa :') Hana memang brutel tapi bab ni sensitif sikit! Memandangkan ayah Hana seorang guru jadi Hana rasa bersalah gila-gila dan pedih membayangkan macam mana dia nak bersoal jawab dengan kawan-kawan dia.:'( So bila orang compare,Hana akan rasa down yang teramat sangat amat! T^T Hana bukanlah spesis berhati tisu,but somehow... T^T tiba-tiba jadi spesis cepat terasa kalau bab ni... *sebab Hana struggle... but they don't seem to appreciate :') bukannya Hana gagal apa-apa subjek pun... :'(
.
.
.
Sekian ^_^ Jangan lupa bersyukur untuk nafas hari ini... Hopefully awak dah Al-kahfi lah ya! ^^ And Keep stepping batch 00!!! It's in the past so never look back ok?! :) 


Sunday, 4 March 2018

Alhamdulillah!



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Holla!

Alhamdulillah... hari ini Allah bagi rezeki kat Hana... ^^ hehe dah lama tersesat akhirnya sampai jugak kat Hana.Apa yg sesat? Hahah cik Rezeki tu lah hahah apa-apa pun rezeki tak pernah salah alamat.. hahaha cuma kadang-kadang sesat lupa mana alamat Hana hahah gurau ja! Hashtag jangan kecam hehehe ^^

So apa-apa pun Thank you kak Ana sebab anjurkan sebuah GA yang memberi tuah kepada Hana.Alhamdulillah.. akhirnya bejodoh dengan Mr.Random Generator tu! Even till now pun rasa macam " someone tolong sepak muka Hana ni jap! " hahha ya lah kot-kot lah Hana tengah mimpi hohoho even time baca post Kak Ana tu pun hampir lima kali Hana gosok mata.Haha punyalah tak percaya.

Terima kash jugak kepada yang drop komen " good luck " " semoga menang " " semoga berjaya " dan ayat-ayat sokongan yang sama waktu dengannnya dekat entri Hana yg NI hehehe berkat doa kalian lah Hana ada luck kat GA ni hahaha! :3 tengkiu <3

Alhamdulillah... 100 kali ^^ 











Wednesday, 28 February 2018

Star Friend

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!





Hana sebenarnya dah lama teringin nak ada kawan yang minat mengkaji tentang alam especially bintang.

Kalau ada kan best...

Boleh sama-sama kumpul duit beli telescope... malam-malam boleh teman each other mencerap langit... tengok buruj,cari polaris,cari Sirius,cari alnilam... Hahaha! Alangkah bahagianya...

Mungkin kitaorang boleh bina tempat rahsia khas untuk cerap langit.Macam rumah pokok ke? ^^ atau... panjat bumbung sama-sama hehe >_<

*psstt! Sepanjang pengalaman solo-yolo mencerap langit,Hana dah banyak kali kena bebel sebab suka panjat tempat-tempat tinggi haha! Bumbung rumah dah berapa kali Hana panjat,almari bilik pun ada jugak hahaha pokok pun pernah waktu kecik dulu-dulu hahah ^^*


Malangnya I don't have that kinda friend...

T^T susah nak cari kawan yang betul-betul  'kamching' dengan kita kan? 
.
.
.

^^

So Hana saja nak tau... korang minat tak dengan bintang? *saja lah nak tanya... kot-kot boleh teman Hana panjat bumbung malam ni hehe! ^^



Thank you sudi singgah... mungkin lepas ni Hana dah tak aktif berblog dan tengah berkira-kira nak delete blog ni sebab banyak sangat mengarutnya hahah ilmiahnya kurang.T^T And March is around the corner... so cuti SPM dah nak habis... ^^ doakan result SPM Hana mencapai target ya! :3  *supaya Hana tak kena rebus dengan Mr.Father hahaha ^^ thank you <3



Friday, 26 January 2018

Diary Of The Week!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Pada entri kali ini Hana nak buat sesi luahan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini *even belum cukup 7 hari means belum layak digelar seminggu... hahah tapi Hana peduli apa! dah title 'Diary Of The Week' tu sedap di dengar! ^^ so bedal aje lah..

First,hari Ahad lepas iaitu pada tarikh 21 January 2018  pukul 1 pagi Mrs.Mom telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Aliya Zulaikha.Wahh! Official dah nama adik Hana.. Walaupun  nama yang Hana suggest tu kena reject! T^T but it's ok! Janji Hana happy sangat-sangat sebab hari-hari dapat dukung baby.Sikit-sikit nak kiss.sikit-sikit nak dukung! Hadoi! Apa lah kakak Hana ni! Nasib baik Liya behave... hahahah =3




Sorry Liya! Lighting tak membantu! Hahah kulit Liya actually merah.Tapi entahlah kenapa nampak gelap.. Sis awak ni pula tak reti edit gambar so ini lah jadinya hahha....



Secondly,adik yang baru keluar ward hari isnin kena tahan masuk ward balik hari selasa sebab sakit kuning dia tinggi.Semalaman lah Liya kena jemur bawah lampu... sian dia T^T then esoknya baru adik dapat keluar.

Kelmarin adik Hana kena check up lagi kat hospital,mama kata kuning adik naik lagi,so esok gi check up lagi! T__T Boleh dikatakan hari-hari Hana teman mama dan adik gi sepital... haha bosan pulak tu kena tunggu berejam-rejam... Sebaiklah Hana bawak buku... kurang sikit boring.Lagipun Hana ni jenis kalau outing memang tak on data... acah-acah budak tak anti sosial sangat! Hahah

Btw ini buku yang Hana pinjam kat library untuk minggu ini ;) *yang purple tu Hana dah khatam waktu menunggu kat hospital ^^






Boleh dikatakan minggu ni minggu paling sibuk dari minggu-minggu sebelum ini... penat jugak lah layan karenah si Liya tu... hahaha~ maklumlah sebelum ni environment kat rumah bising dengan sikap setengah tiang Hana ja,tapi sekarang baby Liya punya bunyik nangis pulak yang ganti... heheh sesuai sangatlah geng dengan Hana bila dah besar nanti! ^^

Sekian,

Hana.





 ----------------------------------------------------------------



Monday, 22 January 2018

Welcome To The World,little princess!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !


Alhamdulillah,pada tanggal 21 Januari 2018 lahirlah seorang puteri dengan berat 3.2 kg... Hana happy gila-gila tau! rasa nak histeria pun ada! biasalah Hana bila over excited terus jadi bimbo *Hahaha.Btw Nama belum official lagi... Amiratul Hana? Hmmm rasanya tak kot... (dah kena rejek awal-awal)






So cuti SPM Hana dah tak meroyan lagi lepas ni... a.k.a kurang sikit lah perangai setengah tiang tu sebab dah rasa macam ada tanggungjawab *cewah! macam Hana pulak yang beranak hahaha!!

Hana promise,Hana akan jadi seorang kakak yang protective,Loving,bertolak ansur... dan yang paling penting pembimbing yang baik.Inshaallah... Nanti-nanti lah Hana share gambar adik Hana.Buat masa sekarang ni Hana nak live in the moment ja... ^^ *pssstt!! adik Hanaa tu boleh tahan jauh beza dari Haana.Rasa-rasa perangai pun jauh beza jugak kot... harap-haraplah jauh beza haha sebab cukuplah Hana seorang ja yang setengah tiang kat rumah ni hahaha. Btw tak sabarnya nak ajar adek cara-cara dress up ala-ala budak pinky hahah gituw!



Thanks sudi singgah! Sila tinggalkan jejak anda di bawah ya ^^ Kalau tak sudi pun tak apa... *cewah bodeklah tu! :P 




Wednesday, 17 January 2018

Childhood Things


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






Masa kita kecik mesti ada benda fun yang kita buat tapi malangnya bila dah tua ni dah tak boleh nak buat dah.Kan? Kan?





Hana's Childhood Things



  • Sikut belakang a.k.a dokong


Bila dah tua ni memang jangan haraplah nak kena dokong lagi.*ingat cita korea kah? Sobsobsob T_T so bila umur dah on the way to 18 ni Hana tiba-tiba sebak bila mengenangkan childhood.Dulu Hana selalu kena dokong (Sebab ringan) Since umur 12 tahun pun ada ja bahu yang sudi nak menyikut Hana yang dah tua bangka ni.Now on,dalam mimpi pun belum tentu ada orang sudi nak main sikut-sikut dengan Hana.Hohoho sila lah muhasabah diri tu dah tua.:P


  • Games


Antara games yang Hana selalu main waktu kecik ialah game kejar-kejar,sorok-sorok, and london bridge.Eh.. * main kahwin-kahwin jangn lupa list.kahkahakah pengantin perempuannya haruslah Hana.*low class lah jadi pengapit.Hohohoh >_< So korang rasa bila dah tua ni,wajar lagi ke nak main semua tu? (Kalau nak kena label terenjat try ah) hahahahaha Tapi memang tak adil lah,salah ke kita nak release stress dengan cara tu.Tapi tu lah mentality manusia kita tak boleh ubah.


  • Mandi ramai-ramai


Hahahahaha ini kalau dikenang memang boleh bikin stress.*stress mengenangkan kesengetan diri.Hahahahah Hana bukan sekali dua mandi ramai-ramai dengan cousin2 Hana,banyak kali~ tak terhitung dek jari.So ada tak rasa nak try buat lagi? *Astagfirullahalazim...


  • Imaginasi


Ok.Hana dengan imaginasi memang berpisah tiada.Sekarang pun Hana still berkebolehan tu.Tapi tak se'ekstrem watu childhood dulu lah.Dulu Hana siap boleh bercakap dengan penyapu lagi.*kahkahkah





Kalau korang ada nak share pasal childhood korang yang of course lebih awesome dari Hana sila jangn segan silu menyampuk kat ruang komen.^^ and.. Let me know if you want to be in my bloglist~ ^^ Ok bye! Hana OTW nak pergi library ni... 




Friday, 12 January 2018

Piano Lesson


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H O L L A !

Memandangkan Hana tengah cuti SPM,so macam-macam ragam lah yang Hana buat kat rumah.Kejap meroyan nak belajar masak,kejap nak layan drama,kejap nak jadi ulat buku.... ha yang terbaru ni Hana tiba-tiba terfikir nak belajar piano.

Mr.Father seorang guru sains merangkap guru muzik secara sampingan.So kat rumah Hana ni macam-macam alat muzik ada.Guitar,keyboard,flute... so Hana terfikir lah,why not try something new? *ewah ayat acah-acah bimbo gittchu! hahaha gurau ja! 

Hana kalau dah semangat nak buat something sekarang jugak Hana akan buat.Tapi once dah give up,susah betul nak go on.Hadoi...  nak dipendekkan cerita Hana sekarang ni bukan main bersemangat lagi belajar piano kat youtube.Stress jugak lah as a beginner... tapi rasa puas bila dapat ikut irama lagu dengan betul dan merdu.

Peter Plutax adalah favourite youtube channel yang Hana selalu refer untuk belajar piano.Hana pernah belajar lagu a thousand years by Christina Perri waktu form 3 dulu *after pt3* then tiba-tiba belajar balik ni dah tak ingat semua kod lagu tu~ hmm hmm hmm T_T 






Nampak quite easy right? tapi as a beginner macam Hana memang rasa struggle jugak lah nak follow left,right handed bagai.... huhuhuh T_T 



Thanks a lot sudi visit as usual.^^ Komen Pinkish bunny kalau nak masuk dalam bloglist Hana <3 heheheh ^^ salam jumaat!!!! :) dah alkahfi ke tu? 



Tuesday, 9 January 2018

Percubaan Menjadi Ulat Buku


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

Sejak dua tiga menjak ni Hana kerap singgah library untuk pinjam buku.Maklumlah tengah mereput kat rumah.Eloklah timba ilmu kan? Plus,Hana sedang cuba untuk buat koleksi bacaan sikit-sikit.Kononnya nak buat mini library kat bilik sendiri.


Hana ni tak ada lah minat sangat membaca cuma tak adalah sampai tahap jijik tengok buku.*amboi hiperbola kau!* Hahahah Just nak bagi tau kalau tak suka membaca memang tak bertahanlah jadi blogger  kan?.Plus Hana lebih prefer buku daripada drama tv.Entah lah kenapa... Susah betul nak into drama.Lagi-lagi kalau pasal cintan cintun.Grr... susah nak hadam.hahaha peliknya ada hati pulak nak jadi author love story.Btw,Hana prefer citer misteri tapi tak seram sangat plus ada selit-selit love story... 


Errk... dah terpesong jauh ni... Ok balik pada tajuk.Hana pinjam 4 buah buku kat library hari tu.Pastu bila dah tarikh kena pulang balik,ha gatal pulak nak pinjam lagi... hem... so jawabnya berulang aliklah kita ke library... Driver setianya haruslah Mrs.Mom... Bila dah ada adik nanti mesti terasa diabaikan... hemm... *_*



So this is the book that I borrowed. *awesome tak? #Buku pinjam ja










Yang ni pula buku yang Hana already own.Kumpul siket-sikit jek ^^  










Thanks for visiting! I'm glad that you came :) btw Hana lately memang susah sangat nak bukak blog.Bukan takat itu ja,nak bukak lappy pun jemari ni berat semacam.Hari-hari asyik menghadap phone ja.Dah kronik sangat dah penyakit malas ni.Anyway good luck on your commitment ^^





Thursday, 4 January 2018

Fresh start ~

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


H o l l a !

Yeah it's 2018! Alhamdulillah~ I am not officially 18. Wuuuu... dah lapan belas dah  dak cengeng ni.hehe Cakap pasal cengeng untuk tahun 2018 ni Hana belum keluarkan setitis air mata langsung! Nampaknya determination untuk tahun ini Hana buat dengan bersungguh-sungguhnya! Hohohoh... Anyway this is actually the second entry of my blog for 2018.But the first one already deleted.T_T entah lah kenapa.If you read my previous entry " Things I hate as a blogger " then you know why.... hohohoh In sha Allah yang ni tak masuk tong sampah...







Btw... Hana dah beberapa hari tak post any new entry.*cewah macamlah ada orang kesah!* hhohoh So kenapa ya?



  • Internet rumah kena potong?
  • Ke Mr.Father ubah password wifi since budak tak berapa nak on time ni selalu bangun lewat?
  • Atau Hana dah give up nak berblog?



Hohoho actually none of above~

Hana tak jumpa mood blogging.Hilang entah ke mana.Tertinggal last year kot... huhuhuh btw We always have a fresh start if we want.Soo... here I am.

Plus,Hana sedang struggle untuk siapkan manuskrip Hana.Nak kena hantar sebelum bulan 3 ni.Haih! Idea dah on point,Imaginasi dah cenggini *ibu jari* Tapi tu lah... nak mengolah dia makan masa jugak.Kengkadang mood swing! Hilang terus semangat nak menulis.... hmm hmm hmm.Apa-apa pun Hana tak paksa diri... I continue whenever I want.Sebab makin kita struggle makin kita stress.Ha! Bila stress maka hilanglah semangat nak go on! So... better slow and steady ja kan?



Thanks for clicking in here <3 Saaayang awak! Nak satu komen,boleh? *mata kelip-kelip a.k.a muka mintak penyepak* heeee kengkadang Hana ni boleh tahan gediks jugak! so sila lah unfollow kalau rasa blogger sebegini sewajarnya pupus! Hohohoh btw Happy afternoon everybody <3 Tak pernah-pernah Hana post entry berceloteh di tengah hari buta.So... telan air liur tak tengok image pakcik google tu? =3




Friday, 29 December 2017

New determination for 2018


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 






I listed out my goals for 2018.It have been on my draft since last week.So I think this night full of barokah *cewah* is the right time for me to share it all.^^


  • Be a little bit taller
Since being petite isn't so fun! And I found it hard for me to get stuff on the high places.Plus people think I'm 12 by looking at my physical. T_T 


  •  Wake up super early a.k.a do not continue sleep after Subuh (since I do not go to school anymore)
Stop being lazy! You have to finish the manuscript before get to meet Mr.SPM 


  •  Be more helpful
Since Mr.laziness starting to be my friend


  •  Less junk food
Because it not good for your health.Poor Mr.Tummy! Plus because I don't get any pocket money since I finished school.So dear self please less asking for money.


  • Rise some followers (Let's get about 400 something!)
Oh Yeah!! All the way to 1 thousand followers!


  •  Khatam quran *at least once
Because this year I don't khatam at all.*Blame Mr.SPM! *erk? better blame your iman first!


  •   Approved by Google AdSense
How to tackle this hard to get stuff huh?


  • Succeed on creating banner
 Since I planned to do segment to advance my blog world


  •  On time!
You know... I have to get away from title ' Miss Always Late!' 


  • More cheerful less nonsense a.k.a meroyan *or whatever u call.
Yup! I only plan to be happy all over the year of 2018.Shuh! shuh Mr.Sadness.I'm in relationship with Joy right now.





So thats it my determination for 2018.I don't think that's kinda nonsense.Because its my honest nawaitu.I'm going to rock it!!! Oh Yeah~




This is my last entry for 2017.So farewell year full of memories.You'll be  remembered! T_T and...as usual kalau ada apa-apa benda nak diluah based on title.Sila jangan segan silu menyampuk kat ruang komen.^^ Tak rugi pape pun sebab Hana ni setia mendengar.*confirm korang tak syok sendiri punya!! Hohohoh start dah mengarut dia~ Btw Thanks for your kindness <3  I mean thanks for clicking in here :)


Wednesday, 27 December 2017

On Time Challenge!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hana memang terkenal dengan sikap always late.Tak kiralah masa jadi victim Mr.SPM ataupun sesudahnya.Hana memang jarang sangat On Time! Tak kesahlah hal duniawi atau akhirat.Susah sangat nak On Time... Penyakit always late ni macam nak jadi barah dalam diri since Hana dah tamat zaman sekolah.Lepas subuh boleh pulak sedap-sedap tidur.Bangunnya waktu zuhur.*jangan cakap lepas zuhur sambung jadi sleeping beauty balik.hahaha tak ada lah sampai macam tu.Cumanya dah macam kitar hidup normal Hana pulak dah.Tidur jam 1 pagi bangun waktu zuhur.Gigih siapkan manuskrip kononnya~ Mrs.Mom memang hari-hari dah membebel.Hana pun hari-hari berjanji esok tak buat lagi.End Up... same things keep on repeating.Sampaikan Mrs.Mom dah lali.Untuk menutup rasa bersalah,Hana pun acah-acah sweet lah,tolong basuh pinggan bagai.Hahahah tapi Mrs.Mom tak pernahlah marah Hana teruk-teruk *sebab tu lah makin menjadi-jadi... T_T








So Azam tahun baru Hana nak tukar title Miss Always Late jadi Miss On Time~ 
Memang susah nak buat.Tapi demi kebaikan Hana kena gagahan diri untuk berubah.Mula dari solat awal,bangun awal,dan settlekan daily routine seawal mungkin.So bila startnya? Hana plan dari 2 minggu lepas lagi,hahaha tapi sampai ke hari ni tak jadi-jadi.Hmmm.... 

Anyway... Hana akan cuba berperang hasutan syaitan yang acapkali suruh Hana jadi Miss always late, *adoi... salahkan syaitan pulak... hahaha*  


Sekian sahaja dari Hana.Semoga kita semua sentiasa terdorong hati untuk berubah jadi lebih baik.... Thanks for visiting!!! <3


Sunday, 24 December 2017

PLKN


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 







H o l l a !


Dup dap dup dap jantung Hana waktu check result PLKN

Sebelum tu memang rasa tak sedap hati.Hana tak nak masuk PLKN.Banyak sebab kenapa.Bukan sebab tak nak berbakti pada negara.*boleh kena saman tu! (berani mati mengaku) hohohh
Cuma... mesti Hana tak dapat tengok adik Hana membesar kalau terpilih PLKN.T_T 
Yalah PLKN kan lebih kurang 3 bulan.Nanti balik rumah,adik dah boleh merangkak dah... erk? Tiga bulan dah boleh merangkak ke? Mrs.Mom beranak pun belum.hohoh tapi memang banyak perancangn yang Hana buat untuk cuti SPM ni.Manuskrip tergendala " Prince Pencerap Langit" kalau boleh Hana nak settlekan sebelum ambik result SPM.So memang tak boleh buat apa lah kalau dah dalam PLKN.en?

Hadoi... so Hana ni tersenarai tak PLKN???


" Maaf anda tidak tersenarai... "


Huhu memang nasib baik sangatlah.Rasa nak histeria ja waktu baca tu.Siap buat chicken dance lagi.hahaha punyalah Hana happy!

Alhamdulillah sangat Hana tak terpilih.>_<



Thanks for visiting guys! Hana loves you... hohohh *pehal tetiba gediks ni? Heheh =3




Friday, 22 December 2017

Broken Rules


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

H o l l a !





Hana nak buat announcement ni.Hana dah langgar peraturan blog Hana.Sebab malam hari rabu lepas Hana langsung tak post apa-apa entri.Petang tu teman Mrs.Mom shopping barang baby,penat sangat sampai tertidur lepas isyak.Tu yang terlanggar rules.Sooo.... Hana dah tak perlu bebankan kepala otak ni.hahaha lepas ni tak payah lah susah-susah fikir nak post entri apa setiap malam. T_T


Btw,Hana still setia dengan passion Hana ni.Still trying to be a good blogger.Masih genggam cita-cita untuk capai 1k followers.Hahaha Tapi tak akan se'struggle before.Hana akan letak gap untuk setiap entri Hana.Sekurang-kurangnya seminggu 3 entri.Mula-mula nak letak 2 tapi kot2 lah... Tengoklah jumlah views blog awak tu macam mana... Hana,Hana... hahaha Plus,Hana akan cuba jadi reader peramah untuk follower Hana*yang of course lah Hana follow back tu*  hohohoh so Hana akan stay still dengan title blogger yang dah Hana pegang selama 4 tahun.Huh... lama jugak tu kan.Since zaman Hana gila dengan Frozen sampailah wujudnya Disney Princess Moana.hohoho Cumanya Hana baru start mengaktifkan diri selepas sah bercerai dengan Mr.SPM.Tu yg nampak slow sikit tu...





Thanks a lot for those who willing to sightseeing in here.Even there's nothing to be interest about.Btw,Hana hargai sangat komen-komen baik hati korang.Itu yang buat Hana cekal untuk berblog.Hahaha Thank you! <3


Monday, 18 December 2017

Things I hate as a Blogger




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Holla!!


  • There are no pending comments



Hahaha orang dah excited bukak dashboard.Click ja terus nampak ayat there are no pending comments! Seriously memang luluh hati ini.T_T menci ah!!! Lagi-lagi bila mengenangkan betapa try hard-nya Hana letak effort dalam menerjah blog korang-korang yang awesome tu.


  • Lack self confidence



Dah elok-elok draft berhari-hari then post,tiba-tiba rasa nak delete.Entah lah kenapa less confident sangat.Hadoi... end up tekan butang delete... kesian idea Hana yang mencurah-curah tu.Ke tong sampah pengakhirannya.Hm... hm... hm... T^T


  • Lack of ideas


Ha... yang ni memang annoying tahap gaban.Memang struggle jugak jadi blogger ni.Tak ada idea memang tak jalanlah blog awak! So otak tu memang kena fully berfungsi kalau nak jadi blogger full time! Ya... cik Hana ^^ takyah nak acah-acah gifted sangatlah.Mengaku ja awak tu dah berjuta kali rasa nak give up jadi blogger.hahahaha 



Sila komen kalau korang pernah rasa tertekan jadi blogger... hahahah